• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: KTM 1290 Super Duke R (2020) Dikesan Ditunggang Uji di Eropah

#Spyshot: KTM 1290 Super Duke R (2020) Dikesan Ditunggang Uji di Eropah

June 17, 2019 By Aryon Leave a Comment

137
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KTM dikesan sedang menunggang uji 1290 Super Duke R (2020) baharu di Eropah dengan rekabentuk diperbaharui, termasuk menaik taraf beberapa aspek mekanikal.

Rekabentuk 1290 Super Duke sedia ada kini lebih mirip kepada model 2014. Jadi model baharu ini memerlukan KTM kembali semula ke meja lakaran untuk melukiskan rekabentuk 1290 Super Duke R (2020) baharu. Pelapik tangki direka lebih tajam dengan saiz kekal lebar. Rupa depan kekal unik dengan rekaan signatur lampu utama LED terpisah, tetapi diposisikan sedikit lebih tinggi berbanding model sedia ada.

BACA >>> KTM Malaysia Lancar 790 Adventure dan 1290 Super Duke GT (2019), Harga Mula RM78k

Model sekarang, 1290 Super Duke R (2019)
Model baharu, 1290 Super Duke R (2020)

Kemas kini paling ketara ialah frem trellis tubular yang direka semula sepenuhnya. Seperti semua tahu, model ini terkenal dengan penampilan subfrem belakang terdedah, tetapi untuk 1290 Super Duke R (2020) baharu, ia direka semula supaya tidak didedahkan.

Selain itu, rekabentuk pelana terpisah kini nampak lebih jelas. Ia juga mendapat swingarm baharu yang memegang rim yang kini didatangkan dengan lima jejari, berbanding 10 jejari untuk model sekarang.

Tiada perincian tentang spesifikasi enjin diketahui, tetapi dijangka akan mendapat beberapa talaan baharu daripada KTM. Model ini juga lebih kompak yang dapat dilihat pada paip ekzos dan kanister, manakala sistem brek menggunakan kaliper Brembo di kedua-dua bahagian roda.

BACA >>> #BikinMotor: KTM 390 Duke Adventure Guna Komponen Royal Enfield Himalayan

Sistem suspensi mengharapkan khidmat fork terbalik (USD) yang seakan mirip model sedia ada, manakala monoshock belakang diposisikan sedikit ke depan, dan lebih rendah.

Gear 1290 Super Duke R (2020) baharu turut digayakan semula lebih premium dengan kluster instrumen digital baharu. Dari segi pakej teknologi, 1290 Super Duke R dibekalkan sistem kawalan stabiliti, ABS selekoh, kawalan jelajah, kawalan traksi dengan tiga mod tunggangan, termasuk mod Supermoto.

Jika sebelum ini Quick Shifter ditawarkan sebagai opsyen, ciri ini mungkin diberikan sebagai standard untuk 1290 Super Duke R (2020) baharu.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu 'Quick Shifter' untuk Motosikal?

1290 Super Duke R (2020) baharu dijangka debut pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019 di Itali pada November ini. Jadi, ada kemungkinan ia akan menjengah pasaran Malaysia pada tahun depan.

GALERI

Related

137
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: KTM, KTM 1290 Super Duke R (2020), motosikal advencer, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev