• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Brosur Yamaha 135LC V6 Bocor, Spesifikasi Kekal Sama dan Harga Belum Tahu

Brosur Yamaha 135LC V6 Bocor, Spesifikasi Kekal Sama dan Harga Belum Tahu

June 17, 2019 By Aryon 1 Comment

4.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MUNGKIN ada sudah tahu, dan mungkin ramai juga belum tahu yang brosur kapcai Yamaha 135LC versi terbaharu aka edisi ke-6 (V6) kini sedang tersebar luas dalam kalangan warga maya.

Bagaimanapun foto brosur tersebut bukan didedahkan laman web Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), atau laman Facebook wakil pengedar rasmi itu, tetapi disiarkan laman Facebook pengedar motosikal, Seng Hoe Motor Enterprise dari Skudai. Harap HLYM tidak ban kedai motor ini macam kami kena kerana sesuka hati bikin spoiler. 🤭


Tiada maklumat harga diumumkan Seng Hoe Motor Enterprise, cuma menggesa orang ramai menempah sekarang di kedai motor tersebut. Namun, kami jangka harganya tidak jauh berbeza dengan model sekarang, iaitu RM7,617. Apapun ingat, ini cuma harga ramalan atas kertas saja.

Ada tiga ciri baharu untuk 135LC baharu ini iaitu panel dada hitam, kowl enjin dan ventilator udara di sisi. Ada tiga pilihan warna ditawarkan: Fiery Red (merah), Comet Grey (kelabu) dan Storm Blue (biru).

Enjin masih lagi mengekalkan trenkuasa silinder tunggal 134cc SOHC penyejukan cecair berkuasa 12hp @ 8,500rpm dan tork 11.79Nm @5,500rpm dengan transmisi klac automatik jenis rotasi 4-kelajuan. Kapasiti tangki menawarkan isian bahan api 4 liter.

Ciri lain masih sama seperti brek cakera depan dan brek dram (belakang), sistem suspensi dengan fork teleskopik di depan dan monoshock (belakang). Setiap pembelian akan diberikan pengunci brek Yamaha bernilai RM100 percuma, dan helmet MS88, juga percuma, tetapi ikut kedai motor la.

Related

4.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Brosur, Foto Bocor, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), Kapcai, Moped, roda2, Spyshot, underbone, Yamaha, Yamaha 135LC, Yamaha 135LC V6

Comments

  1. Saiful says

    June 17, 2019 at 11:39 PM

    Sangat cantik pada badan modifikasi yang baharu ini

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my