BREK tangan (juga disebut brek parkir) berfungsi membantu kereta berhenti dengan selamat ketika diparkir. Apabila brek tangan ditarik, brek belakang akan diaktifkan supaya kereta tidak menggelungsur ke depan atau belakang.
Tetapi tahukah anda, brek tangan yang diaktifkan terlalu lama berisiko menyebabkan masalah seperti kasut brek (brake show) terlepas daripada plat atau besi pemegang. Masalah ini mudah menimpa brek belakang jenis dram kerana memiliki bahagian sentuhan lebih luas, berbanding brek cakera yang cuma digigit pad brek yang kecil.
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Brek Dram Masih Relevan Walaupun Sudah Lebih 100 Tahun?
KENAPA KASUT BREK BOLEH TERLEPAS DARIPADA BESI PEMEGANG?
Ketika brek tangan aktif, kasut brek akan melekap pada dram atau cakera (rotor). Namun jika terbiar lama, kasut brek meregang daripada dram atau cakera. Dan apabila ada banyak tekanan ke depan atau belakang (kerana graviti), ia boleh menyebabkan cengkaman brek terlepas. Lebih-lebih lagi jika kali terakhir brek tangan itu diaktifkan dalam kondisi basah selepas hujan.
BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Membrek dengan Betul dan Selamat
Tip terbaik menangani masalah ini ialah meletakkan objek seperti batu atau penyekat tayar di depan atau belakang tayar mengikut keadaaan kereta diparkir jika merancang meninggalkan kereta dalam tempoh lama. Memang kasut brek memerlukan waktu lama meregang dengan dram, tetapi lebih baik mencegah sebelum terpaksa menanggung kos kerosakan lebih teruk.
SUMBER: Suzuki.co.id
zulhamid says
thank you your knowlegde and education abour brek system..i appreciated