• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Padah Campak Keluar Puntung Rokok Depan Ketua Polis, Terus Kena Saman Lebih RM2k

Padah Campak Keluar Puntung Rokok Depan Ketua Polis, Terus Kena Saman Lebih RM2k

June 16, 2019 By Azhan O Leave a Comment

249
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG pemandu Kanada disaman akibat mencampakkan puntung rokok dari kereta yang kebetulan dilakukannya di depan seorang pegawai polis.

Sebenarnya ada banyak kes pemandu membuang puntung rokok dari kereta yang dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) di Kanada, dan tidak semua dikenakan kompaun. Cuma pemandu itu kurang bernasib baik kerana dia melakukan kesalahan itu di depan seorang pegawai polis berpangkat tinggi.

Insiden berlaku di Highway 17 dalam negeri British Columbia, Kanada apabila Ketua Polis dari Jabatan Polis Victoria, Del Manak sendiri yang melihat suspek pemandu Ford Mustang membuang puntung rokok yang dihisapnya keluar tingkap.

BACA >>> Jangan Main-Main, Menunggang Sambil Hisap Rokok Boleh Kena Saman!

Serentak itu juga Manak menyuruh lelaki itu menghentikan kenderannya sebelum memberikan kompaun AS$575 (RM2,400) menurut Akta Kebakaran Hutan British Columbia.

british-columbia-state
saman-buang-rokok-kanada
victoria-police-canada-logo

Foto kompaun itu turut ditunjukkan dalam media sosial dengan kapsyen; "Ada 575 alasan untuk tidak campakkan rokok keluar tingkap kereta apabila di depan anda ialah pemandangan. Tamat."

Cerita Manak lagi, pemandu tersebut ketika ditanya tentang salah laku itu dengan tanpa rasa bersalah menjawab," Saya tak mahu kereta saya terbakar."

"Jadi, janganlah hisap rokok dalam kereta," balasnya kepada pemandu itu yang baru berusia 21 tahun sambil menyerahkan surat saman.

BACA >>> #TahukahAnda: Mangsa Kemalangan Boleh Saman Syarikat Lebuh Raya

Related

249
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Campak Rokok Keluar Tingkap, Kesalahan Lalu Lintas, Ketua Polis, kompaun, Saman, Undang-Undang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev