• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mazda3 (2019) Sah Masuk Malaysia Bulan Depan, Anggaran Harga Bermula RM137K

Mazda3 (2019) Sah Masuk Malaysia Bulan Depan, Anggaran Harga Bermula RM137K

June 15, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

12.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

2019 Mazda3 MalaysiaBUAT peminat kereta segmen-C, ini berita baik buat anda. Lintas langsung dari Jepun, abang bawakan berita Mazda3 (2019) generasi keempat sah masuk Malaysia dan akan dilancarkan pada bulan hadapan.

Ya, abang bersama beberapa media permotoran tempatan kini di Jepun bagi memandu uji Mazda3 (2019). Dengan mengambil konsep rekabentuk Mazda Kai, Mazda3 (2019) kini tampil dengan rekaan lebih seksi dan menggiurkan.

Bagi pasaran Malaysia, Mazda3 (2019) akan didatangkan dalam dua varian iaitu Skyactiv-G 1.5L & Skyactiv-G 2.0L petrol. Kedua-dua pilihan enjin itu akan turut didatangkan dalam versi sedan dan hatchback.

Malangnya versi Skyactiv-D 1.8L Diesel dan Skyactiv-G 2.5L Petrol tidak akan dibawa masuk buat masa ini. Begitu juga dengan enjin terbaharu dari Mazda, Skyactiv-X yang turut tidak termasuk dalam senarai.

ENJIN 1.5L & 2.0L

Aspek mekanikal, Mazda3 (2019) masih lagi menampilkan enjin sama seperti versi sedia ada. Bagi Mazda3 (2019) Skyactiv-G 1.5L petrol, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 115hp bersama 145Nm tork.

Manakala Mazda3 (2019) Skyactiv-G 2.0L Petrol pula menghamburkan kuasa 162hp dan 210Nm tork. Kedua-dua varian itu turut dipadankan dengan kotak gear automatik 6-kelajuan.

2019 Mazda3 Malaysia_PanduLaju_22
2019 Mazda3 Malaysia_PanduLaju_17
2019 Mazda3 Malaysia_PanduLaju_15
2019 Mazda3 Malaysia_PanduLaju_21
2019 Mazda3 Malaysia_PanduLaju_48
2019 Mazda3 Malaysia_PanduLaju_11

REKABENTUK SEKSI & MENGGIURKAN

Apa yang ingin abang tekankan, Mazda kini bukan lagi Mazda yang dulu. Lihat saja rekaan terkini dari barisan model Mazda. Begitu juga dengan Mazda3 (2019).

Berbanding versi sedia ada, rekaan luaran Mazda3 (2019) memang seksi habis terutamanya versi hatchback. Lihat saja foto yang kami sempat rakam sepanjang berada di Litar Mine Mazda di Jepun.

Begitu juga dengan dimensi Mazda3 (2019) yang bertambah berbanding versi sedia ada. Dimensi Mazda3 (2019) sedan dipertingkat berbanding model terdahulu dengan panjang 4,662mm (bertambah 82mm), lebar 1,797mm (+2mm) dan tinggi 1,445mm (+5mm), manakala jarak roda dipanjangkan 25mm kepada 2,725mm.

Manakala versi hatchback pula memiliki panjang 4,459mm (pendek 1mm), lebar 1,797mm (+2mm), dan tinggi 1,440mm (-10 mm).

BACA >>> Mazda Bukan Lagi Jenama Arus Perdana, Tetapi Sudah Berstatus Mewah?

2019 Mazda3 MalaysiaDALAM RINGKAS DAN PADAT

Bukan saja pada luaran, dalaman Mazda3 (2019) juga tampil lebih kemas dengan pelbagai perincian baharu seperti;

  • Rekabentuk stereng baharu
  • Posisi skrin infotainment 8.8 inci yang lebih lebar bersama antaramuka menu baharu
  • Pembesar suara ditala untuk menghasilkan kualiti bunyi lebih lunak daripada corong 8 pembesar suara, dan opsyen tambahan 12 pembesar suara daripada sistem audio Bose. Bagaimanapun, Malaysia hanya akan terima versi 8 pembesar suara dan ia sudah lebih dari cukup sebenarnya
  • Kerusi kontur S
  • Tempat letak tangan (armrest) lebih luas dan lebar
  • Panel meter baharu
  • Penggunaan material lebih berkualiti seperti kenderaan mewah lain
2019 Mazda3 Malaysia_PanduLaju_41
2019 Mazda3 Malaysia_PanduLaju_37
2019 Mazda3 Malaysia_PanduLaju_36
2019 Mazda3 Malaysia_PanduLaju_65
2019 Mazda3 Malaysia_PanduLaju_38
2019 Mazda3 Malaysia_PanduLaju_39
2019 Mazda3 Malaysia_PanduLaju_42

HARGA BERMULA RM137,000

Buat masa ini, harga Mazda3 (2019) bagi pasaran Malaysia masih belum diumumkan. Namun kami anggarkan Mazda3 (2019) akan dijual bermula RM137,000. Berikut ialah anggaran harga;

  • Mazda3 (2019) Skyactiv-G 1.5L SDN/HB - RM137,000
  • Mazda3 (2019) Skyactiv-G 2.0L SDN/HB - RM147,000

Ya, harga nampak sedikit ‘keras’ berbanding versi sedia ada. Harus ketahui, Mazda3 (2019) yang bakal dibawa masuk ini ialah versi diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun. Jadi, harga lebih ‘keras’ memandangkan cukai dikenakan agak tinggi.

Apa yang pasti, Mazda3 (2019) sah masuk Malaysia bulan depan. Persoalannya, mampukah Mazda3 (2019) menggugat kedudukan Honda Civic atau Toyota Corolla Altis? Sama-sama kita nantikan.

Nantikan juga video abang mengenai Mazda3 (2019) di saluran Youtube PanduLaju tidak lama lagi.

BACA >>> 12 Fakta Pantas: Mazda CX-30 (2020) yang Anggun Debut di Geneva

BACA >>> Mazda3 (2019) Tawar Teknologi SkyActiv-X, Enjin Petrol dengan Pembakaran Cara Diesel

GALERI

2019 Mazda3 Malaysia
2019 Mazda3 Malaysia

Related

12.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2019 mazda3, enjin mazda3, harga 2019 mazda3, Harga Mazda3 (2019), Mazda SkyActiv, mazda skyactiv-D, Mazda3 (2019), Mazda3 (2019) Malaysia, mazda3 2019 hatchback, mazda3 2019 sedan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev