• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Petronas Perkenal Perkhidmatan Trak Isi Minyak Bergerak

Petronas Perkenal Perkhidmatan Trak Isi Minyak Bergerak

June 14, 2019 By Azhan O Leave a Comment

676
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JANGAN ingat servis kereta dan tukar bateri bergerak saja ada di Malaysia. Sekarang, perkhidmatan isi minyak bergerak pun sudah disediakan dan ini ditawarkan Petronas menerusi subsidiari Petronas Dagangan Bhd (PDB).

Perkhidmatan ini, yang juga kali pertama diperkenalkan di Malaysia, dipanggil ROVR, dan ditawarkan untuk pengguna kenderaan komersial dan harian di luar stesen minyak konvensional sedia ada.

BACA >>> Mahu Servis Kereta? Inilah 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Pilih PETRONAS Auto Expert

Perkhidmatan ROVR ini sudah mula diuji sejak Oktober tahun lalu sebagai penyelesaian kepada pelanggan komersial (B2B) dengan kapasiti isian lebih sejuta liter bahan api.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pasaran perkhidmatan ROVR akan diluaskan selepas menerima maklum balas positif daripada kalangan pelanggan B2B dan PDB.

Menurutnya, trak isian minyak ROVR dijamin selamat untuk penghantaran dan pengeluaran minyak yang mematuhi syarat ketat ditetapkan pihak berkuasa dan pengawalseliaan.

“Semua trak ROVR dilengkapi sensor untuk memantau maklumat penting dan mengekalkan keselamatan operasi sepanjang tempoh perkhidmatan. Barisan jentera ROVR terdiri daripada sebuah trak berkapasiti 4,000 liter dan tiga trak 11,000 liter untuk pelanggan komersial.

“Trak dengan kapasiti 3,000 liter untuk pengguna akhir masih dalam peringkat ujian. PDB akan meluaskan perkhidmatan ROVR ke seluruh negara dan menambah lebih banyak tapak pengisian minyak menjelang hujung tahun ini,” kata Syed Zainal lagi, hari ini.

ROVR menyediakan penghantaran berjadual Petronas Diesel Dinamik kepada pelanggan B2B yang membolehkan bahan api diisi di kemudahan pelanggan mereka.

Related

676
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Petronas, Petronas Dagangan Bhd, Petronas ROVR, Trak Isi Minyak, Trak Petronas ROVR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev