• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #TahukahAnda: 3 Punca Brek Kereta Kurang Cengkaman dan Cara Atasinya

#TahukahAnda: 3 Punca Brek Kereta Kurang Cengkaman dan Cara Atasinya

June 14, 2019 By Admin PanduLaju 3 Comments

387
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SETIAP komponen yang ada pada kereta mempunyai fungsi masing-masing dan tentunya bahagian paling penting ialah brek yang menjaga keselamatan penumpang dalam kenderaan. Brek itu sendiri mengendalikan kelajuan dan memperlahankan kenderaan daripada melanggar kereta yang lain.

Komponen ini memerlukan servis yang maksimum dan perlu sentiasa diperhatikan. Berikut antara punca brek kereta kurang mencengkam dan cara mengatasinya:

BACA>>>#TahukahAnda: Benarkah Minyak Brek Boleh Berubah Jadi Teruk?

MINYAK BREK

Punca utama brek kurang beroperasi secara maksimum kerana kurangnya penyelenggaraan. Sekiranya anda memijak brek dan kereta masih berjalan perlulah memeriksa bahagian minyak brek. Minyak brek yang mampat kerana kotoran enjin yang merebak membuatkan  brek tidak mendapat minyak yang  keluar dari punat yang tersumbat. Anda boleh menyelenggara mesin secara teratur sehingga tidak ada lagi kotoran yang tersumbat pada punat brek sehingga ketika memijak pedal, minyak brek akan keluar.

BACA>>>#ApaNakBuat: 5 Tip Membrek dengan Betul dan Selamat

BOOSTER BREK

Booster brek juga boleh menjadi punca kurangnya cengkaman dan selalunya anda akan berasa sukar untuk memijak brek. Pedal brek akan terasa sangat keras jika dipijak dan biasanya akan terjadi gejala bocor pada komponen brek itu sendiri. Jadi periksa bahagian booster dan bersihkan bahagian brek tersebut.

BACA>>>#ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Betul Membrek Kereta dengan ABS?

PAD BREK

Brek tidak akan berfungsi jika pad brek sudah menipis dan situasi ini memberikan kurang cengkaman. Penyelesaiannya ialah menggantikan pad brek dengan yang baharu.  Servis berkala merupakan kunci utama agar komponen kenderaan bekerja dengan baik. Jadi sentiasalah mengesan gejala luar biasa pada kenderaan anda agar masalah tidak akan menjadi besar apabila segera diatasi.

BACA>>>#2018MotoGP: Nahas Pad Brek Tercabut, Brembo Mohon Maaf kepada Lorenzo

SUMBER: Suzuki.Co.Id

Related

387
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: brek, minyak brek, pad brek, servis brek dram, TahukahAnda, Tukar Minyak Brek

Comments

  1. Tajuddin says

    January 31, 2022 at 1:19 PM

    Brek kurang mencengkam
    Apa yang perlu saya servis
    Komponen yang perlu ditukar

    Reply
  2. Visit Kenyir says

    June 28, 2023 at 9:10 AM

    Kalau dah tukar brake pad dan skim disc tapi brake kurang makan apa masalah ya?

    Reply
    • Azhan O says

      December 26, 2023 at 1:39 PM

      Brek masih baru memang agak kurang makan, perlukan lebih masa

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
    #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev