• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton X70 Siap Dipasang di Kilang Baharu, Mula Operasi Separuh Kedua Tahun Ini

Proton X70 Siap Dipasang di Kilang Baharu, Mula Operasi Separuh Kedua Tahun Ini

June 12, 2019 By Han Othman Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AKHIRNYA spekulasi mengenai gambar 'Proton X70 Offline Trial' yang tersebar di media sosial terjawab. Ia sebenarnya upacara menerima kunjungan Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China, Miao Wei ke kilang Tanjung Malim Proton sebagai sebahagian lawatan kerja beliau ke Malaysia.

Turut sama mengiringi beliau ialah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Eddin Syazlee Shith, dan pegawai-pegawai Kerajaan dari kedua-dua negara, dan dihoskan Pengerusi Proton, Dato' Seri Syed Faisal Albar, Pengerusi Zhejiang Geely Holding Group, Li Shufu, termasuk Pengerusi DRB-HICOM, Dato' Mohammad Zainal Shaari, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong, Timbalan CEO PROTON, Dato' Radzaif Mohamed, dan barisan pengurusan kanan PROTON.

KILANG BAHARU PROTON SIAP BEROPERASI

Sama seperti spekulasi yang diperkatakan kami petang tadi, kilang pemasangan baharu Proton di Tanjung Malim baru saja selesai melakukan ujian pengeluaran untuk Proton X70, atau lebih tepat lagi versi pemasangan tempatan (CKD). Semakan akhir, cat dan pemasangan masih dalam proses siap sepenuhnya.

BACA >>> Proton X70 Versi CKD dengan Talaan 'Proton Ride & Handling' Sudah Siap Dipasang?

Walaupun masih baharu, pasukan jurutera dan pekerja pengeluaran Proton sudah mampu menjalankan ujian atau percubaan secara semi automatik untuk mendapatkan pengalaman dalam pemasangan SUV pertama keluaran pengeluar nasional itu di kilang baharu yang menelan kos RM1.2 bilion.

Syed Faisal Albar berkata, Proton berhasrat memulakan pengeluaran X70 di kilang Tanjung Malim pada separuh kedua tahun ini.

"Kami berusaha keras memastikan Proton mampu mencapai sasaran ditetapkan. Ia akan jadi pencapaian luar biasa kerana dalam masa kurang dua tahun sejak perjanjian DRB-HICOM dan Geely ditandatangani, Proton sudah mencapai kejayaan penting dalam usaha mengembalikan Proton kepada kedudukannya yang semakin terkenal," katanya.

USAHAMA TEKNOLOGI DIGITAL MALAYSIA-CHINA UNTUK KONEKTIVITI KENDERAAN

Dalam lawatan itu, Miao Wei turut diberikan taklimat mengenai perancangan perniagaan semasa dan masa depan Proton sebelum menyaksikan majlis menandatangani perjanjian usaha sama antara Proton Edar Sdn Bhd, Altel Communications Sdn Bhd dan ECarX (Hubei) Technology Co Ltd China.

Syarikat usahasama baharu ini bakal memberi manfaat kepada Proton, terutama dalam teknologi digital dan sistem konektiviti kenderaan yang mana semua ciri tersebut kini sudah menjadi trend antarabangsa. Malah dijangka menjadi salah satu pemacu utama jualan automotif masa depan.

Ini jelas sekali langkah berani buat Proton selepas melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama, X70 dengan mempertaruhkan ciri konektiviti sebagai strategi jualan unik untuk menarik perhatian pembeli tempatan.

Selepas kejayaan pelancaran X70 pada Disember tahun lalu, model Proton lain seperti Iriz, Persona dan Exora (2019) turut dilengkapi ciri sama dengan unit infotainment interaktif yang menawarkan pelbagai fungsi konektivit kepada pemiliknya.

Syed Faisal Albar berkata lagi, perjanjian tersebut menunjukkan langkah berani Proton untuk menjadi jenama automotif yang menawarkan produk bertaraf global. Ini membolehkan Proton mendapat kedudukan lebih tinggi dalam penyelesaian konektiviti kereta yang sedang berkembang pesat selain meningkatkan asas pengetahuan jurutera R&D (Kajian dan Penyelidikan) di Proton.

BACA >>> Proton X50 Sah Masuk Malaysia, Ini 6 Perkara Yang Kami Tahu Setakat Ini

"Ia juga membolehkan kami menerokai pelbagai kemungkinan untuk mengembangkan penyelesaian konektiviti ke pasaran eksport Proton, terutama di negara ASEAN yang berdekatan. Ini memberi PROTON kelebihan teknologi yang mana industri automotif kini menuju ke peringkat seterusnya dalam penyelesaian mobiliti," katanya.

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Geely, kilang proton, Kilang Tanjung Malim Proton, Proton, PROTON Holdings Berhad, Proton X70, proton x70 ckd, Tanjung Malim, Zhejiang Geely Holding Group

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev