• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yinben YB200-A - Sportbike Neo Retro Klon Honda CB150R Exmotion dari China

Yinben YB200-A - Sportbike Neo Retro Klon Honda CB150R Exmotion dari China

June 12, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

537
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


REKABENTUK klon bukanlah isu baharu di China daripada produk kecil seperti peranti komunikasi hingga model automotif berjenama premium.

Terbaharu, muncul sportbike neo retro klon Honda CB150R Exmotion yang diberikan nama Yinben YB200-A. Apa yang berbeza, motosikal klon ini dipacu enjin lebih besar berkapasiti 200cc penyejukan udara. 

BACA >>> Honda CB150R ExMotion Versi Streetster yang Lebih Ranggi, Kini di Thailand

Jika diteliti, jelas sekali Yinben YB200-A meniru asas rekabentuk Honda CB150R Exmotion, daripada rupa depan hingga belakang, daripada lekuk badan hingga pelana dan fender belakang. Semuanya nampak begitu mirip sportcafe buatan Jepun itu. Paling ketara, bentuk lampu utama bulat terpisah yang sememangnya identik dengan CB150R Exmotion.

YB 200_4
YB 200_2
YB 200_8

Tidak habis di situ, Yinben YB200-A dipasangkan ekzos kontot jenis mid-ship dam dipadukan dengan swingarm ala banana, termasuk fork terbalik (USD). Bahagian roda menggunakan rim jejari Y, juga sama seperti CB150R Exmotion. Perbezaan mungkin hanya pada casis.

Jika CB150R Exmotion menggunakan frem trellis, model China ini menggunakan frem diamond, manakala bahagian roda menggunakan tayar saiz 140 di belakang dan 110, depan.

Tiada perincian mengenai spesifikasi enjin. Namun pemilik CB15R Exmotion mungkin boleh menarik nafas lega kerana kemasan model klon tidak begitu halus pada sambungan frem. Mungkin kenalah dengan harganya yang murah, tetapi tidaklah diketahui berapakah harganya.

BACA >>> Honda CB150R ExMotion - Motosikal Neo-Retro 150cc Pertama Honda Dilancarkan di Thailand

GALERI
YB 200_5
YB 200_1
YB 200_3
YB 200_7
YB 200_6
YB 200_8
YB 200_4
YB 200_2
YB 200_9

Related

537
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: CB150R Exmotion, China, Klon, roda2, Sporbike Retro, sportbike, sportcafe, Yinben YB200, Yinben YB200-A

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev