• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Geng Y Suku Tumpas - Curi Yamaha Y15ZR, Jual Harga RM2k

Geng Y Suku Tumpas - Curi Yamaha Y15ZR, Jual Harga RM2k

June 12, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

25.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

EMPAT lelaki termasuk seorang yang masih diletakkan di bawah pengawasan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) ditahan polis Seberang Perai Utara apabila terlibat dalam kegiatan curi motosikal.

Kesemua suspek berusia antara 19 hingga 23 tahun yang juga merupakan geng ‘Y Suku’ menyasarkan motosikal Yamaha Y15ZR berjaya dihidu polis yang meudiannya melancarkan dua operasi khas susulan beberapa kehilangan motosikal sejak sebulan lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pihaknya berjaya menemui semula beberapa motosikal curi yang dilarikan kumpulan berkenaan sebelum ini.

“ Hasil soal siasat dijalankan, dalang utama kegiatan ini ialah pesalah POCA di Labu, Negeri Sembilan yang berjaya meloloskan diri ke daerah ini sebelum bersubahat dengan tiga suspek lain melakukan kegiatan berkenaan.

“ Kesemua suspek mengaku melakukan kegiatan itu dan sekurang-kurangnya 10 motosikal sudah dicuri di daerah ini dan Sungai Petani, Kedah.

“ Suspek dikatakan menjual motosikal itu hanya sekitar RM2,000 iaitu tiga atau empat kali ganda jauh lebih murah berbanding harga pasaran,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian.

Berikutan penahanan geng Y Suku itu, polis menganggarkan jumlah kerugian semua mangsa kecurian motosikal ialah kira-kira RM50,000.

Keempat-empat suspek itu kini sedang direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

BACA >>> Berlagak Guna Siren Polis Elak Kesesakan, Pemilik Proton Gen 2 Ditahan Polis

BACA >>> Akhirnya Harga Yamaha Y15ZR V2 Diumumkan RM8,168 - Sampai Kedai Sah Lebih RM10k

Related

25.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: curi yamaha y15zr, geng y suku, geng y15zr, motor curi y15zr, Yamaha Y15ZR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev