INI kisah dari Negara Seberang. Sekali pandang memang boleh gelak besar dibuatnya. Berani sungguh si tuan motor pasangkan rim jejari dengan tayar kecil sportbike miliknya, Honda CBR150R. Menurut portal IwanBanaran, kawasan pergunungan Pacet Mojokerto, di Jawa Timur, Indonesia memang terkenal sebagai lokasi kemalangan melibatkan motosikal yang berpunca akibat kegagalan brek.
Cuma insiden kali ini tidak melibatkan motosikal automatik seperti skuter tetapi sportbike yang menyebabkan pembonceng motosikal itu patah tulang belakang.
BACA >>> #BikinMotor: Honda CBR150R Bertukar Jadi CBR250RR
Menurut orang awam, brek motosikal mangsa tidak berfungsi baik ketika menuruni bukit hingga menyebabkan dia gagal mengawal motosikal dan melanggar benteng guni di tepi jurang. Mujurlahn ada benteng, kalau tidak mahu sudah tercampak ke dalam gaung.
Awalnya, hairan juga kenapa brek CBR150R gagal berfungsi baik, tetapi selepas melihat gambar didedahkan, anda pasti ketawa. Jelas sekali bahagian roda sportbike itu diubah suai melampau dengan menanggalkan rim dan tayar (depan dan belakang) dan menggunakan tayar sotong yang membuatkan prestasi cengkaman jadi teruk dan mendedahkan kepada risiko tinggi motosikal menggelungsur.
Kebodohan si tuan motor semakin terserlah apabila dia turut menanggalkan brek depan . Mungkin dia perlu diingatkan yang nisbah brek depan bekerja 80 peratus, manakala brek belakang cuma sekitar 20 peratus.
Nampaknya, insiden menimpa mangsa tidak mengundang simpati warga maya kerana apa yang berlaku adalah disebabkan kebodohan sendiri. Macam-macam hal...
SUMBER: IwanBanaran
Leave a Reply