• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Rekod Jualan Tertinggi Dalam Tempoh 46 Bulan, SUV X70 Kekal Hero !

Proton Rekod Jualan Tertinggi Dalam Tempoh 46 Bulan, SUV X70 Kekal Hero !

June 11, 2019 By Abang GYL 1 Comment

4.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

proton x70PROTON sekali lagi mencipta sejarah apabila merekodkan jualan sebanyak 10,611 unit kenderaan sepanjang Mei 2019 yang juga angka tertinggi dalam tempoh 46 bulan.

Angka jualan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 51.3 peratus berbanding April dan juga berada di kedudukan kedua dalam jualan industri automotif bagi dua bulan berturut-turut.

Daripada jumlah itu, Proton X70 kekal sebagai hero apabila mencatatkan penjualan sebanyak 2,439 unit. Sehingga kini, 13,572 unit Proton X70 sudah diserahkan kepada pelanggan.

Manakala 4,000 unit Proton Iriz dan Persona juga terjual sepanjang Mei 2019. Bukan itu saja, kedua-dua model itu turut menerima lebih daripada 10,000 tempahan setakat selepas ia dilancarkan dan Proton jangka angka itu akan terus meningkat dalam beberapa bulan seterusnya.

Proton Iriz (2019) Facelift

Turut tidak ketinggalan, Proton Saga juga mencatatkan penjualan sebanyak 3,610 unit di mana versi naik taraf atau facelift akan dilancarkan pada separuh kedua tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, strateginya bagi tempoh separuh kedua tahun ini ialah untuk terus meningkatkan jualan dengan memperkenalkan model-model facelift lain selain meningkatkan pengalaman pelanggan.

Tambahnya, lebih banyak cawangan 3S dan 4S bakal dibuka selain bersedia memperkenalkan lebih bayak model yang akan dihasilkan bersama Geely pada masa akan datang.

BACA >>> Proton X50 Sah Masuk Malaysia, Ini 6 Perkara Yang Kami Tahu Setakat Ini

BACA >>> 9 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang Proton Exora (2019) Facelift, Harga Mula RM59,800!

BACA >>> Proton Persona (2019) Edisi Facelift Lancar, Harga Lebih Murah Bermula RM42,600

Related

4.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2019 proton persona, 2019 proton saga, 2020 proton x50, Dr. Li Chunrong, gambar proton iriz facelift, jualan proton 2019, Proton Iriz, Proton Persona, proton saga 2019, Proton X50, Proton X70, suv proton x70

Comments

  1. Amran says

    June 11, 2019 at 2:01 PM

    Terima kasih najib razak. U r the best..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev