• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Cadillac Escalade - SUV Limosin Paling Panjang di Malaysia Ini untuk Disewa, Sejam RM3k!

Cadillac Escalade - SUV Limosin Paling Panjang di Malaysia Ini untuk Disewa, Sejam RM3k!

June 16, 2019 By Dee 1 Comment

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INILAH dia kenderaan utiliti sukan (SUV) limosin, Cadillac Escalade, juga kereta terpanjang yang ada di Malaysia setakat ini!

Baru-baru ini kami berpeluang meninjau sebuah SUV limosin yang menerima anugerah Kereta Terpanjang Malaysia daripada The Malaysia Book of Records di bilik pameran WrapXpert, Glenmarie.

Cadillac Escalade ini datang dengan 18 kerusi dengan saiz panjang hingga 35 kaki (10.6 meter). Ia dikuasakan enjin V8 6.2L berkuasa 420hp @ 5,600rpm dan dipadankan transmisi automatik.

BACA >>> 10 Trivia Menarik Mengenai Limosin Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

LIMOSIN INI BOLEH DISEWA!

Jangan tidak tahu, SUV limosin ini adalah untuk disewa kepada mereka berminat mencari kenderaan khas untuk sebarang acara atau majlis tertentu dengan harga seperti di bawah ini:

  • RM3,000 (1 jam pertama)
  • RM5,000 (2 jam)
  • RM9,000 (4 jam)

Jika ya, anda boleh hubungi Jacinta di talian 0111-999 0909 untuk sebarang urusan sewaan. Bagaimanakah agaknya rupa kabin kereta ini?

Jom kita layan video tinjauan Abang Gan dan Dee ini. Kami akan bawa anda masuk ke dalam ruang kabin limosin dan  lihat sendiri rekabentuk luaran dan dalaman kereta panjang ini. Manalah tahu kot ada pembaca kami yang berminat buat kereta untuk majlis bersanding. Jangan lupa jemput naa...

BACA >>> #PanduUji: Lumba Drag Honda Jazz vs Toyota Yaris, Siapa Lagi Power? Ini Jawapan Kami!

Related

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Cadillac, Cadillac Escalade, Escalade, harga sewa limousine, kereta panjang, kereta terpanjang di Malaysia, limosin, Limousine, Limousine SUV, Limousine terpanjang, limousine untuk disewa, Malaysia, sewa, sewa kereta, SUV, SUV Limosin, videotomotif

Comments

  1. Ahmad haziq says

    November 27, 2021 at 4:16 PM

    Hi saya berminat nak sewa

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my