• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Sportage Jadi Model Kia Paling Digemari Pembeli UK Sepanjang Mei

Sportage Jadi Model Kia Paling Digemari Pembeli UK Sepanjang Mei

June 12, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KENDERAAN utiliti sukan (SUV) bukan saja semakin popular, tetapi sudah jadi segmen penting kepada pengeluar. Contoh terdekat, tempahan Proton X70 yang mencapai jumlah puluhan ribu unit walaupun berharga mencecah enam angka.

X70 benar-benar membantu survival Proton selepas jenuh bersaing sengit dalam segmen A dan B. Situasi ini tidak berlaku untuk Proton saja, cuba lihat atas jalan raya, model SUV Porsche seperti Cayenne dan Macan lebih mudah ditemui berbanding model dua pintu jenama itu.

Jenama seperti Mitsubishi pula sudah menghentikan tawaran sedan dan kompak di pasaran tempatan dan kini menumpukan keada SUV dan trak pikap sahaja. Edaran Tan Chong Motors (ETCM) pula sudah mengumumkan tiada model pengganti Teana.

BACA >>> Varian Baharu, Kia Sportage 2.0 EX Diperkenalkan di Malaysia - Harga RM129,888

Bagi pasaran tempatan, di celah-celah populariti X70, Honda dengan CR-V dan HR-V, Mazda dengan CX-5 dan CX-3, dan Nissan menerusi X-Trail, ada kalangan pengguna memilih Kia Sportage.

POPULAR DI UK

Kia Picanto GT Line S
Kia Sportage.01
Kia Sportage.02
Kia Xceed

SUV buatan Korea Selatan itu memiliki pakej menarik dengan saiz antara HR-V dan CR-V. Walaupun jualan Sportage ketinggalan berbanding model popular lain, SUV ini popular di Britain. Buktinya, jualan Kia Motors (UK) Limited pada Mei lalu mencatatkan prestasi baik, iaitu 7,279 unit dengan Sportage saja terjual 2,564 unit.

Sportage memang laku keras, jualan SUV itu sudah melebihi 5 juta unit sejak dilancarkan pada 1993, dan lebih sejuta unit disumbangkan Sportage terbaharu. Jualan Kia tahun ini pula mencecah 44,705 unit, meningkat 5.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Jualan Kia meningkat 8.3 peratus ketika pasaran automotif di Britain jatuh 4.6 peratus. Paten jualan Kia menunjukkan prestasi bertentangan apabila model kedua paling laris ialah model mini, Picanto (1,287 unit), manakala tiga model lain yang mengisi ranking lima teratas ialah Ceed, Stonic, dan siri Niro.

Dari segi ranking pengeluar di Britain, Kia menduduki tempat kelapan dan dalam masa beberapa bulan lagi akan melancarkan model crossover baharu, XCeed. Sebagai perbandingan, jualan Kia untuk pasaran Malaysia setakat April lalu ialah 1,640 unit dan menduduki tangga ke-14.

BACA >>> Kia Forte5 (2020) Debut Sebagai Hatchback Kacak

Related

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Britain, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Kia, Kia Motors, Kia Sportage, Kia UK, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev