• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Berlagak Guna Siren Polis Elak Kesesakan, Pemilik Proton Gen 2 Ditahan Polis

Berlagak Guna Siren Polis Elak Kesesakan, Pemilik Proton Gen 2 Ditahan Polis

June 8, 2019 By Abang GYL 4 Comments

11.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

GUNA siren bagi elak kesesakan lalu lintas, seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan polis selepas videonya tular di media sosial.

Video berdurasi 20 saat itu dirakam menyaksikan sebuah Proton Gen 2 menggunakan siren polis semasa meredah kesesakan jalan raya di Parit Raja, Batu Pahat.

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, pihaknya membuat risikan menjejaki lelaki berkenaan selepas menerima aduan awam.

Menurutnya, hasil penggunaan siren itu berjaya memperdaya pengguna jalan raya lain yang menyangka ia adalah kereta peronda polis semasa kesesakan di sekitar Parit Raja.

“ Kami berjaya menahan seorang lelaki dan turut merampas kenderaan Proton Gen 2 yang digunakan suspek.

“ Hasil pemeriksaan polis berjaya menemui set siren yang dipasang dalam kereta dan kes itu disiasat bawah kesalah menghalang lalu lintas dan menyamar penjawat awam atas Seksyen 21 Akta Polis 1967 serta Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

“ Jika sabit kesalahan bagi halangan lalu lintas, suspek boleh didenda sebanyak RM200 atau penjara maksimum tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

“ Manakala bagi kesalahan menyamar penjawat awam, hukuman boleh dikenakan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya lagi.

Buat pembaca PanduLaju, kami nasihat supaya mengikut peraturan jalan raya. Jangan langsi ketika berada atas jalan raya. Saling bertolak ansur. Paling penting, Tekan Pedal & Jangan Stres!

BACA >>> Abang Botak Dijatuhi Hukuman Penjara 1 Tahun

BACA >>> Hentak Cermin Guna Parang, 2 Lelaki Diburu Polis Johor

Related

11.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: proton gen 2 siren polis, siren polis

Comments

  1. Ritz says

    June 8, 2019 at 12:52 PM

    Maaf sekiranya kata2 saya menyinggung atau menimbulkan salah faham.. tapi diatas apa yang saya kaji.. memandu di Kuala Lumpur wlaupun traffic jammed teruk tapi tak sakit hati keterlaluan seperti memandu di jalan area johor.
    Cth simpang Y, tiada istilah "scissor" sekiranya memandu di johor. Kereta di laluan utama akan cucuk rapat kereta depannya supaya kereta dari simpang lain yg ingin masuk ke laluan utama tak mencelah. "Bunyi Horn" isyaratnya "Woi" tak semua org boleh terima dgn teguran macam tu. Seperti video ni menampakkan lagi "pentingkan diri sendiri" adalah sikap pemanduan di johor, tak caya? Siapa yg dah bekerja di kl lebih 5tahun cuba pindah ke mana2 kawasan johor pasti akan faham.

    Reply
    • ahmad says

      June 16, 2019 at 12:36 AM

      sangat setuju. saya pernah memandu di batu pahat (kalau di jb tak tahulah macam mana). ketika di lampu isyarat saya tersilap berada di lorong kiri (maklumlah x familiar). saya dihon berkali kali tanpa henti walaupun lampu isyarat masih merah dan arah kanan adalah hijau (memang boleh jalan kalau kereta tiada dari sebelah kanan). kalau di kl paling tidak pun kereta belakang akan beri isyarat ke kiri dan makin mendekat (kebiasaan). kalau diturutkan darah muda memang bermalam di lokap lah jawabnya

      Reply
  2. STi says

    June 9, 2019 at 12:13 PM

    Setuju Ritz

    Satu lagi habit di sana adalah memotong di sebelah kiri & tukar lorong tanpa memberi signal. Konsep "beri laluan" seolah2 tiada. Saya pernah memberi laluan kepada kenderaan yang hendak belok ke kanan tapi saya telah dihon berkali2 oleh kereta2 di belakang.

    Saya merupakan pemandu harian menempuh jammed di KL sejak 20 tahun lalu

    Reply
  3. gamprial says

    June 11, 2019 at 12:55 PM

    mmg benar ka Johor style mcm tu?? ini bikin gua takut mau dtg johore..bukan saja lanun di laut, malah lanun di darat. Jubro juborlani

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev