• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: Sebelum Bergerak Memandu Jauh, Periksa Dulu 4 Benda Ini

#ApaNakBuat: Sebelum Bergerak Memandu Jauh, Periksa Dulu 4 Benda Ini

June 3, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

6.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PULANG ke kampung dengan berkereta sendiri sudah jadi tradisi rakyat Malaysia turun-temurun, dan tentunya faktor keselesaan dan keselamatan sentiasa dititikberatkan.

Banyak perkara perlu diperhatikan, dan jangan sampai terlepas pandang beberapa perkara kecil yang berisiko membuatkan anda tersadai di tepian jalan sambil menangis tidak berlagu.

jumpa-mekanik
repair-kereta-simpson

Jadi sebelum menempuh perjalanan jauh, seeloknya bawalah kereta anda ke Pusat Servis rasmi untuk dilakukan pemeriksaan menyeluruh, ataupun ke bengkeli bertauliah. Namun, sebelum bergerak memandu pulang pula, jangan lupa periksa dan lakukan empat perkara ini dulu sebagai pemeriksaan akhir, iaitu:

1. PERIKSA KONDISI TAYAR

pam-tayar
Periksa Tayar

Ibarat kaki manusia, tayar ialah komponen kereta paling penting kerana kebanyakan kemalangan berlaku disebabkan pemiliknya terlalu menumpukan kepada penyenggaraan enjin. Tayar yang sudah rata atau botak sangat tidak selamat untuk dipandu pulang ke kampung.

Jarang sekali bengkel biasa akan memaklumkan kondisi semasa tayar kereta anda. Jadi anda perlu periksa sendiri.  Tukarkan tayar baharu jika bunga tayar sudah sangat haus. Perhatikan jika ada objek seperti paku, nat, dawai atau besi yang menusuk tayar kereta. Ini kerana dalam situasi tertentu, tayar tidak akan terus pancit, tetapi boleh perlahan-lahar bocor tanpa kita sedar.

Pastikan juga tekanan angin tayar mencukupi dengan tekanan normal sekitar 30-34 psi.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Periksa Tayar yang Bocor Kecil?

2. PERIKSA BREK

Periksa brek
baiki-pad-brek

Periksa pad brek sama ada masih selamat dipandu atau perlu ditukar, termasuk juga minyak brek. Pastikan tiada bunyi pelik kedengaran ketika menekan pedal brek. Jarak bebas pedal brek pula mesti normal, tidak terlalu menginjak ke dalam dan tidak pula terlalu pendek.

Minyak brek sepatutnya berwarna jernih dan bebas kotoran. Paras minyak mesti mencukupi. Sila tambah jika berkurangan.

BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Minyak Brek Boleh Berubah Jadi Teruk?

3. PERIKSA MINYAK

tukar-minyak-enjin
tukar-minyak-enjin-kereta

Walaupun anda baru saja menukar minyak enjin, tetapi pemeriksaan akhir ini dilakukan bagi memastikan kuantiti minyak kekal pada paras sepatutnya. Jika berkurangan mendadak, enjin anda mungkin mengalami kebocoran dan anda perlu segera ke bengkel membaikinya.

Jika paras minyak mencukupi, sebaliknya anda dapat mengesan kesan berminyak pada mana-mana bahagian enjin, itu juga menandakan kebocoran berlaku. Anda perlu bawa kereta ke bengkel, dan jika tiada masa, anda perlu siap sedia dengan minyak ekstra untuk ditambah. Enjin pula perlu diperiksa daripada semasa ke semasa.

Hah, jangan pula lupa isi petrol (atau diesel).

4. SIAP SEDIA DENGAN ALATAN KECEMASAN

pam-tayar-mudah-alih
alat-tukar-tayar

Tiada siapa mahu mengalami situasi kecemasan. Jadi lebih baik jika kita sentiasa bersiap sedia bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Pastikan alatan menukar tayar, dan pam mudah alih dibawa bersama.  Tetapi, jangan pula sampai semua alatan itu menjejaskan ruang menyimpan barangan anda. Susunlah dengan rapi supaya dapat dimuatkan dengan elok.

Related

6.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Auto Terkini, autotainment, Penyelenggaraan Kereta, penyenggaraan kereta, pusat servis, Roda4, TahukahAnda, tip kereta, tip servis kereta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev