• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Paten Rekabentuk Aprilia RS660 Versi Pengeluaran Bocor

Paten Rekabentuk Aprilia RS660 Versi Pengeluaran Bocor

May 31, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


MODEL konsep Aprilia RS660 didedahkan tahun lalu di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018. Kini bocor imej rekabentuk model pengeluaran di ruang media sosial.

Gaya RS660 versi pengeluar sangat mirip dengan model konsep walaupun ada beberapa perubahan kecil. Lampu utama LED penuh nampaknya tidak disepadukan dengan signal belok seperti kondep RS660. Ia lebih kepada rekabentuk super sport konvensional dengan indikator pada fairing.

BACA >>> Model Konsep Aprilia RS660 Versi Pengeluaran Akan Ditayangkan di EICMA 2019

Fairing tampak slik dengan banyak ruang terbuka yang mendedahkan frem dan bawah enjin. RS660 dipasangkan rim aloi bentuk Y, berbeza daripada versi konsep.

Paten itu turut mendedahkan bar hendal RS660 yang sedikit ditinggikan dan lurus. Bahagian belakang tersedia pelana sokongan, khas untuk tunggangan solo sahaja. Bagaimanapun, pasti ada aksesori untuk pelana pembonceng termasuk peg kaki tambahan, tetapi itu bukanlah menjadi prioriti Aprilia.

Aprilia mungkin memperkenalkan dua varian RS660 yang saling berbeza dari segi suspensi dan brek. Versi premium akan mendapat suspensi Öhlins di kedua-dua roda, manakala varian basis menggunakan suspensi Sachs. Sistem brek pula menggunakan kaliper brek Brembo yang berbeza spesifikasi.

RS660 dikuasakan enjin V-Twin daripada enjin V4 model RSV4 11000. Bagaimanapun, tiada perincian didedahkan dan kita dapat menjangka ia jentera dengan enjin rev tinggi. Ciri elektronik pula akan dilengkapkan dengan mod tunggangan, kawalan traksi, ride-by-wire dan lain-lain.

BACA >>> Aprilia Perkenal Tuono V4 1100 Factory (2019) dengan Ciri Dikemas Kini

Aprilia bakal melakukan debut RS660 pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019 di Itali.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aprilia, Aprilia RS 660, EICMA 2019, Foto Bocor, Pameran Motosikal Milan (EICMA), roda2, sportbike, super sport

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev