• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Buka Kilang di Myanmar Walaupun Pasaran Kecil, Signal untuk Pengeluar Lain?

Toyota Buka Kilang di Myanmar Walaupun Pasaran Kecil, Signal untuk Pengeluar Lain?

June 10, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

362
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DALAM industri automotif, sangat penting untuk memerhatikan strategi atau tindakan pelanggan. Model daripada dua jenama berbeza tetapi dengan ciri hampir sama bukan kebetulan, ia memerlukan kajian dan risikan pasaran.

Jalan selamat ialah mengikut jejak 'abang besar'. Terkini, Toyota Motor Corporation membuat keputusan menubuhkan Toyota Myanmar Co Ltd (TMY) sebagai pengeluar di Myanmar. Syarikat itu akan bertanggung jawab dalam mengeluarkan trak pikap Hilux di Myanmar bermula Februari 2021.

Ini langkah berani dan berpandangan jauh memandangkan pasaran kenderaan di Myanmar kini memang sedang berkembang pesat dengan permintaan kenderaan baharu pada 2018 sekitar 18,000 unit. Jumlah itu memang kecil jika dibandingkan pasaran lain, tetapi ia meningkat lebih dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

BACA >>> Toyota Camry (2019) Kereta Rasmi Kerajaan Negeri Perak - Kos Selenggara Lebih Murah !!!

AKAN JADI MODEL PEMASANGAN SEPARUH TEMPATAN (SKD)

Di Myanmar, Toyota menawarkan Hilux, Vios, Rush dan beberapa model lain dan diimport sepenuhnya. Jadi, penubuhan TMY pada Jun ini akan membuka peluang kepada lebih ramai pengguna untuk memilih kenderaan Toyota. Dari segi angka jualan pula, jumlah pasaran yang kecil akan berkembang jua selari pertumbuhan ekonomi.

Toyota turut merancang membina kilang baharu TMY di Zon Ekonomi Istimewa Thilawa di selatan Yangon yang juga bandar terbesar Myanmar. Jumlah anggaran pelaburan ialah sebanyak AS$52.6 juta (RM220.8 juta) dengan perancangan pengeluaran 2,500 unit setahun menggunakan kaedah pemasangan separa tempatan (SKD).

Toyota juga merancang menggajikan 130 pekerja baharu. Langkah ini dilihat sebagai isyarat buat pengeluar lain untuk mengkaji rasional keputusan pengeluar dari Jepun itu yang menunjukkan keyakinan terhadap pasaran automotif Myanmar. Paling penting, Toyota memang terkenal dengan reputasi mendominasi banyak pasaran automotif dunia.

BACA >>> Kajian: Toyota Yaris Kereta Terpakai Paling Reliabel UK Menurut What Car?

Bagi pasaran Malaysia, Toyota sudah lama menunjukkan keyakinannya sejak 2016 apabila UMW Toyota Motor melabur RM2 bilion untuk membina kilang kedua di Kawasan Perindustrian Bukit Raja, Klang, Selangor.

Fakta Toyota Myanmar Co Ltd (TMY)

Lokasi Zon Ekonomi Istimewa Thilawa, Myanmar
Ekuiti Toyota Motor Corporation - 85%
Toyota Tsusho Corporation - 15%
Tarikh Penubuhan Jun 2019 (rancangan)
Eksekutif Yoshihisa Tonozuka (Pengarah Urusan)
Kapasiti Pengeluaran 2,500 unit setahun (satu syif)
Model Pengeluaran Hilux
Tarikh Pengeluaran Februari 2021
Pekerja Sekitar 130 orang

BACA >>> Toyota Hilux GR Sport Baharu untuk Pasaran Brazil Diperkenal

Toyota Hilux Limited Edition
Toyota Hilux Limited Edition - Pasaran Malaysia
Toyota Hilux generasi pertama

Related

362
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Burma, Kilang Toyota Myanmar, Ltd., Myanmar, Toyota, Toyota Hilux, Toyota Motor Corporation, Toyota Myanmar Co Ltd, Toyota Myanmar Co.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my