• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / MG Metro 6R4 Group B - Kereta Rali Legenda dengan Perbatuan 11km Ini Mahu Dijual!

MG Metro 6R4 Group B - Kereta Rali Legenda dengan Perbatuan 11km Ini Mahu Dijual!

June 12, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

295
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMBELI Eropah memang sangat menghargai sesuatu yang dianggap istimewa, terutama yang bakal menjadi sejarah masa depan. Buktinya, ada banyak bangunan berusia ratusan tahun di sana yang kekal terpelihara.

Pemeliharaan, pemuliharaan dan penghargaan sudah jadi sebahagian budaya masyarakat Eropah yang bukan saja untuk bangunan, tetapi juga kenderaan. Lihat saja MG Metro 6R4 Group B yang hendak dijual ini. Rekod perbatuan yang dicatatkan cuma 11.2km!

Kereta rali Group B ini akan dijual rumah lelongan, Silverstone Auctions bermula 26-28 Julai ini sempena acara Silverstone Classic Auction.

BACA >>> Toyota GR Supra (2020) yang Pertama Dilelong RM8.6 Juta untuk Dana Kebajikan

Kategori rali Group B memang terkenal kerana kuasa jentera lumba yang brutal dan akhirnya terpaksa ditamatkan pada 31 Disember 1986 berikutan beberapa kemalangan maut. Metro 6R4 pula merujuk kepada jentera rali 6-silinder dengan pacuan empat roda (4WD), dan unit yang hendak dijual ini memegang nombor siri 189 daripada 200 unit yang dihasilkan.

CUMA BELI DAN SIMPAN

MG-Metro-6R4-Group-B-1
1985 MG Metro 6R4 (8)
1985 MG Metro 6R4 (6)

Sejarah kereta ini bermula apabila ia dibeli seorang peminat dan dipercayai bukan peserta rali, serta dibeli terus daripada Austin Rover Group Ltd pada 5 Disember 1986. Ia kemudian dihantar terus kepada pemiliknya di Oxfordshire dan disimpan dalam tempoh masa lama.

Menariknya, kondisi kereta ini masih sama seperti ketika dihantar, siap disadur lilin pengilat (wax) asal dari kilang. Pada 1996, pemilik asal itu menghubungi Kevin Wheatcroft di Muzium Donington dan menawarkan keretanya untuk dijadikan bahan pameran.

BACA >>> Enjin V12 Ferrari FF Akan Dilelong, Dipercayai Jadi Prototaip Ujian Kilang

Metro 6R4 dipamerkan selama tujuh tahun sebelum dijual kepada pemilik sekarang dengan jumlah perbatuan cuma 8km. Pemilik sekarang menjaga kereta ini selama 17 tahun dengan tambahan perbatuan 3km sahaja, itupun cuma bergerak atas stand.

Kini Metro 6R4 ditawarkan untuk dijual dalam kondisi asal dengan skru dan spoiler daripada material plastik diperkuat kaca (glass-reinforced plastic, GRP) yang masih kekal tanpa cat. Turut sama dipakejkan bersama ialah manual pemasangan, dokumen pembelian, gambar dan surat pemilik asal kepada Muzium Donington.

Kereta ibarat 'koyak plastik' tersebut mungkin satu-satunya dengan kondisi seperti itu di dunia yang kebiasaan nilainya bakal meningkat tinggi pada masa akan datang.

Acara Silverstone Classic Auction akan menampilkan lebih banyak kereta rare, termasuk jam mewah. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi talian 01926-691141 atau e-mel [email protected].

Harga? Kami tidak berani buat anggaran, tetapi apa yang pasti ia tidak murah.

BACA >>> #RetroAuto: Sejarah Ute @ Kereta Pikap, Kenapa Begitu Popular di Australia?

GALERI

Related

295
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Austin Rover Group Ltd, Group B, lelong, MG Metro, MG Metro 6R4, MG Metro 6R4 Group B, Rally Group B, Rumah Lelongan, Silverstone Classic Auction

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev