BARU-BARU ini kecoh sekumpulan pemandu teksi Kuala Lumpur melancarkan mogok di ibu kota bagi membantah perkhidmatan pengangkutan awam online, GrabCar dan Uber. Mungkin ada yang tidak tahu apa itu GrabCar dan Uber? Kenapa pula pemandu teksi begitu marah dengan mereka? Kenapa orang ramai menyambut baik kewujudan perkhidmatan pengangkutan awam maya tersebut?
Mari kita belajar sedikit tentang GrabCar dan Uber.
APA ITU GRABCAR / UBER?
GrabCar dan Uber ialah dua syarikat berbeza, tetapi menjalankan operasi perniagaan yang sama, iaitu menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti teksi (atau kereta sewa atau 'prebet sapu') secara online.
PERKHIDMATAN APA?
Ada 2 perkhidmatan utama ditawarkan GrabCar dan Uber iaitu:
1. Peluang pekerjaan tetap atau sambilan sebagai pemandu.
2. Menjadi pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam (sama seperti teksi) yang berdaftar di bawah label syarikat masing-masing.
BAGAIMANA BEROPERASI?
1. Jadi Pemandu
Anda perlu mendaftar dengan menyerahkan dokumen peribadi dan kereta seperti kad pengenalan, lesen, geran dan insurans. Usia kereta yang digunakan pula mesti tidak lebih 5 tahun dan kereta mesti ada kaitan dengan diri anda. Uber mewajibkan kereta atas nama sendiri, manakala GrabCar mensyaratkan sekurang-kurangnya nama pemandu ada dalam insurans kereta.
Jenis kereta juga bersyarat. Kereta kompak mini seperti Perodua Viva tidak dibenarkan, tetapi Axia dibolehkan walaupun berada dalam segmen sama.
2. Jadi Pelanggan
Anda wajib mendaftar diri di laman web dua syarikat itu. Proses pendaftaran lebih kurang sama saja seperti membuka akaun e-mel.
SIAPA DI SEBALIK GRABCAR / UBER?
GrabCar diasaskan anak Malaysia, Anthony Tan, 35 tahun; Uber diasaskan warga Amerika Syarikat, Travis Kalanick, 40 tahun
DI MANA BEROPERASI
GrabCar beroperasi di 26 bandar dalam 6 negara sekitar Asia Tenggara; Uber beroperasi di 60 negara seluruh dunia, termasuk 6 negara Asia Tenggara membabitkan 11 bandar.
BAGAIMANA KIRAAN TAMBANG & CARA BAYARAN?
GrabCar
- Tambang tinggi semasa waktu puncak, tetapi secara asasnya harga tambang tetap dan pelanggan terlebih dahulu dimaklumkan mengenai harga yang dicaj.
- Pelanggan boleh bayar tunai.
Uber
- Tambang boleh jadi tinggi pada masa permintaan tinggi, terutama waktu puncak.
- Ada caj entri (RM0.95), dan tambang dikira berdasarkan minit dan kilometer perjalanan (sama seperti meter teksi).
- Cuma bayaran kad kredit diterima (kecuali Vietnam yang memperkenalkan bayaran tunai).
KEUNTUNGAN PEMANDU & GRABCAR/UBER?
GrabCar
- Pemandu GrabCar mendapat keuntungan terus secara tunai.
- Pemandu perlu membuka akaun online yang ada had kredit dalam jumlah minimum tertentu (seperti telefon prabayar). GrabCar akan mengenakan caj amaun tertentu yang akan dipotong terus daripada akaun online tersebut setiap kali selesai trip penghantaran. Pemandu perlu menambah kredit untuk membolehkan mereka terus aktif sebagai pemandu GrabCar.
Uber
- Keuntungan bersih akan dimasukkan setiap minggu sekali ke dalam akaun pemandu.
- Juga perlu buka akaun online, tetapi tiada syarat had kredit. Ini kerana caj dipotong pihak Uber sebaik saja pelanggan sampai ke destinasi dan log keluar daripada aplikasi tempahan.
Kedua-dua syarikat menawarkan bonus dan insentif kepada pemandu. Apa yang berbeza ialah bagaimana ia diberikan, iaitu sama ada berdasarkan jumlah trip atau kerja pada masa waktu puncak dan lain-lain.
GRABCAR/UBER VS TEKSI [PRO & KONTRA]
1. GrabCar/Uber beroperasi secara online sepenuhnya; Teksi beroperasi secara konvensional dan online.
2. Pelanggan GrabCar/Uber perlu mendaftar diri di Internet untuk menggunakan perkhidmatan; Pelanggan teksi tidak perlu daftar apa-apa, kecuali jika menggunakan aplikasi online, MyTeksi.
3. Tiada fi harian untuk pemandu GrabCar/Uber; Pemandu teksi perlu bayar fi harian kepada syarikat konsesi. Misalnya, pemandu teksi bajet perlu bayar RM40/hariatau RM1,200/bulan kepada syarikat teksi. Jika tidak lesen dan kereta mereka akan ditarik balik.
4. GrabCar/Uber beroperasi tanpa lesen sah di bawah SPAD dan pelanggan tiada perlindungan insurans; Teksi ada lesen sah di bawah SPAD dan pelanggan dilindungi insurans.
5. Pemandu GrabCar/Uber tidak wajib buat pemeriksaan Puspakom; Pemandu teksi wajib buat pemeriksaan Puspakom 6 bulan sekali.
6. Caj tambang GrabCar/Uber tidak boleh ditipu kerana menggunakan aplikasi yang wajib diakses pemandu dan pelanggan; Pemandu teksi boleh menipu dengan tidak menggunakan meter tambang dan pelanggan perlu akur kerana tiada pilihan.
7. Reputasi pemandu dilihat pada rating bintang yang diberikan pelanggan. Rating rendah akan membuatkan mereka digugurkan sebagai pemandu; Tiada rating untuk pemandu teksi. Pemandu teksi yang menipu dan bersikap buruk masih kekal sebagai pemandu. Aduan tinggal aduan sahaja.
8. Kereta ialah milik pemandu sepenuh dan boleh digunakan untuk urusan peribadi; Teksi ialah milik syarikat teksi dalam tempoh masa tertentu sebelum boleh ditukarkan kepada pemilikan individu.
9. Rupa kereta sama seperti kenderaan lain; Rupa teksi perlu dikustomkan mengikut syarat ditetapkan Kerajaan seperti teksi merah-putih (pemilikan syarikat), teksi merah-biru (pemilikan individu), teksi biru (teksi premium) dan lain-lain.
10. Ansuran, cukai jalan, insurans dan penyenggaraan adalah urusan sendiri; Ansuran, cukai jalan dan insurans ditanggung syarikat konsesi. Cuma penyenggaraan diuruskan sendiri. Tetapi bagi pemandu teksi persendirian, mereka perlu menguruskan semuanya, cuma tiada fi harian.
11. Pelanggan perlu dihantar hingga sampai ke rumah. Jika tidak aplikasi akan menganggap pemandu gagal menghantar pelanggan; Pemandu teksi boleh menurunkan pelanggan di simpang jalan masuk ke rumah kalau mereka rasa malas meredah kesesakan lalu lintas. Pelanggan perlu pasrah.
12. Tiada tempat khas disediakan untuk mengambil pelanggan; Ada tempat khas untuk mengambil pelanggan.
13. Pemandu kadang-kadang bekerja secara pandang-pandang kerana takut diserbu pihak berkuasa; Tiada apa perlu ditakutkan kerana segalanya sah mengikut undang-undang.
14. Jaringan perkhidmatan tidak meluas, cuma banyak beroperasi di bandar besar seperti Kuala Lumpur; Jaringan meluas di mana-mana negeri seluruh negara.
Imi says
Jd.. grabcar ngn uber ni di kira haram juga lah? Mcm prebet sapu? Pmndunye pula ade psv ke?
lang merah putih says
haram kalu curi pelangan….pemandu grab or uber akan tumpu perhatian pelangan..).perlu diingatkan disini pemandu uber dan grab car…hanya dpt pelagan..bila pelagan yang mintak diambil….dgn booking gunakan grab dan uber aplikasi….bezakan situasi ni…bukan menuggu pelagan mcm situasi pemandu teksi……..menugu pelagan…..dan menjual beli pelangan….sama ada mahu pergi destinasi atau tak…grab and uber..hanya tunngu permintaan pelangan booking sahaja….pemandu teksi kena berfikiran waras….dalam situasi cam ni…
konsepnya sama..mcm kite call mintak tolong kawan ambil kite…..ke satu destinasi….ambil..dan hantar…>>>cuba kite fikir2kn….dgn jelas……lagi satu upah tambangnya murah utk kite…kena pada ekonomi nilai keperluan kite skrg ni…
Wzil says
Kereta selain teksi tidak perlukan psv!
syah says
viva x boleh ke?
Trex says
Mana bule kan kete tu kecik..
Muat muat yo.. tak mo
khairul says
saya pemandu grabcar..tiada istilah mencuri pelanggan seperti pemandu teksi war-warkan tu.kami terima pelanggan melalui apps dan bukan tunggu ditempat teksi awan bkumpul!!!
sebagai contoh harini teksi awam bkumpul di stesen LRT misalnya.kat situ ada bas rapid juga dh tentu pengguna akan lebih menggunakan bas rapid sb murah.so kuranglah org guna teksi.dh knp kata grabcar/uber curi pelanggan teksi!!!
zaki says
as salam.. saya nak tahu mcmne nak daftar grab car.. boleh sy daparkan contact no. tuan.. ni no. sy.. 0122963673 zaki.. boleh gunakan whatsapps.. terima kasih.
shah putera says
slm tuan, boleh sy tahu cara daftar grabcar driver? Boleh wasap sy 0192732843-shah
ME says
setuju dgn pndpt lang merah putih...sbnarnya tdk ada istilah 'mncuri pelanggn'...sbb semuanya adlah HAK PELANGGAN itu sndiri...samada hndak mnggunakn uber ke grabcar ke teksi ke atau prkhidmatn awam yg lain. Atas PILIHAN PELANGGAN itu sendiri.
Pelanggn sudah pastinya akn memilih perkhidmatn yg murah dn mudah utk ke sesuatu destinasi dgn lebih selesa.
ME says
setuju dgn pndpt khairul...sbnarnya tdk ada istilah 'mncuri pelanggn'...sbb semuanya adlah HAK PELANGGAN itu sndiri...samada hndak mnggunakn uber ke grabcar ke teksi ke atau prkhidmatn awam yg lain. Atas PILIHAN PELANGGAN itu sendiri.
Pelanggn sudah pastinya akn memilih perkhidmatn yg murah dn mudah utk ke sesuatu destinasi dgn lebih selesa.
luncai emas says
tu la.. dulu korang bleh suke2 sembelih pelanggan. nk x nk kne gak bayar. pastu bleh lpk kt kdai minum lame2 psl lps tu bleh sembelih pelanggan smpai bleh cover sewa 1 hari. kadang pelanggan plak kne maki.. ape kes??
ni org ckp, "bucu bertemu ruas".
bile da jd cmni, mule la cite sedih..ckp family nk mkn ape bagai.. bla... bla.. bla.. tapi dulu mase korang potong pelanggan, xpikir plak masalah pelanggan tu.. duit ngam2 nk bg mkn family, tp kne sembelih ngn korang.. what u give, u get back bro.. cheers!
khairul says
xberlesen, so kire haram .. xfaham camner kerajaaan boleh luluskan? dgr2 ada kaitan rosmah? Yang bab perangai teksi tu, cerdik sikit la..jangan anggap semua perangai manusia sama..
Pijie Lamsaran says
Lesen P boleh apply menjadi pemandu Grabcar ke?
Syukri says
Blh.. Xde masalah.. Kol/whapp 01128041424.. Sy akan terangkan semuanya..
Awi says
As salam..saya nak tahu mcm mna cara nak daftar grabcar@uber?
Tq.
Tel 0186689535
Jeniffer says
Tampa lesen pemandu boleh tak crab bantu ita untuk sementara untuk berkerja crab
Syukri says
Sy juga pemandu GrabCar.. Untuk mengisi masa lapang dan tambah pendapatan sampingan blh la jd pemandu GrabCar.. Buat apa ada kereta baru tp hanya parking berhujan panas tp Tiap2 bulan kna bayar ansuran keta.. Lbih baik buat GrabCar.. Sekurang2 nya dpt jgak bayar duit keta.. Xde istilah kita ganggu pemandu teksi atau perkhidmatan lain.. Sbb keja Jln atas permintaan passengger yg book kita..klau ada yg berminat kol/whtapp ke no 01128041424..
Iskandar says
Setuju
Zainuddin says
Assalamualaikum@ selamat sejahtera.
Kereta hyundai accent tahun 2007 boleh pakai tak? kalau 2008 boleh? saya tengah mencari kereta budget nak buat grab car..
AO says
Untuk reviu lebih tepat, sepatutnya masuk mana-mana forum pasal Accent. Kami cuma test drive, tak pakai lama pun 😛
Iskandar says
Grabcar still tak boleh pakai viva kan..
Uber je boleh...sebenarnya..sangt jimat guna viva...sekrg sy pemandu uber
Khairol says
Pakai kereta manual boleh ke buat grabcar?
danny says
kereta axia boleh digunakan ke?
ramly bin selamat says
mungkinkah satu hari nanti ada perkhidmatan grapmotosikal? sebab motosikal bole lepas kesesakan di mana sahaja kan. Kalau dah ada nanti saya pun nak joint la jadi grapmotosikal
Pojie says
Dah ade buat...baru nk maju jpj haramkan sbb keselamatan..search dego ride..
Eidolini Canim says
Kalau tak ada kereta sendiri masih adakah cara lain untuk menjadi pemandu Grab Car..
Perodua Kota Damansara says
Ramai customer sy beli kereta utk buat grabcar dan uber ni..paling banyak bezza..
ingin tahu says
wish 2009 blh ke buat uber?