• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 5 Fakta Pantas: BMW X4 xDrive30i M Sport di Pasaran Malaysia Sabtu Ini, Harga RM380k

5 Fakta Pantas: BMW X4 xDrive30i M Sport di Pasaran Malaysia Sabtu Ini, Harga RM380k

May 29, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

212
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BMW Malaysia memperkenalkan BMW X4 generasi kedua ke pasaran Malaysia yang dihasilkan secara pemasangan tempatan di kilang BMW di Inokom Corporation Kulim, Kedah. Model yang dipanggil coupe aktiviti sukan itu (SAC)  itu tampil dengan rekabentuk badan maskulin bersama padanan aksesori M Sport.

X4 dijadualkan berada di bilik pameran BMW bermula Sabtu ini dalam pilihan warna putih, hitam, merah dan biru, manakala, harga jualan ialah RM380,000, atas jalan dan tanpa insurans, termasuk waranti tanpa had perbatuan selama 5 tahun, program servis berjadual percuma dan program waranti tayar.

1. ENJIN 2.0L, 252hp, 350Nm

BMW X4 dikuasakan enjin petrol 4-silinder 2.0L berkuasa 252hp dan tork 350Nm dengan padanan transmisi automatik 8-kelajuan Steptronic Sport yang membolehkan pecutan 0-100kmj dibuat sepantas 6.3 saat, manakala kelajuan maksimum 240kmj.

Atas kertas, X4 menawarkan kecekapan bahan api 7.8 liter per 100km, dan pelepasan emisi karbon  178g/km.

BACA >>> SUV Kompak Berkuasa - BMW X4 (2018) Serba Baharu Bakal Debut di Geneva

2. CASIS DINAIK TARAF

BMW X4 (2019)_21
BMW X4 (2019)_27

Dipadankan casis dinaik taraf, X4 menawarkan karakter pemanduan lincah. Penggunaan komponen aluminium ringan dengan keluli berkekuatan tinggi menyumbang kepada pengurangan berat jentera sebanyak 50kg, termasuk pekali seretan lebih baik, 0.30cd. Pusat graviti kenderaan juga lebih rendah berbanding sebelumnya.

Dimensi jentera juga berubah, X4 kini lebih panjang 81mm (4,752mm) dan lebar meningkat 37mm menjadi 1,918mm, manakala jarak roda bertambah 54mm (2,864mm). Cuma profil garis bumbung dikurangkan 3mm (1,621mm).

BACA >>> Apakah Perbezaan 4WD dan 2WD? Bagaimana pula 4x4, 2x4 dan AWD?

3. BENTUK BADAN MASKULIN

Rekabentuk luaran BMW X4 diserlahkan dengan rekaan signatur gril ginjal BMW tiga dimensi (3D) yang lebih besar. Ia dipadankan lampu depan LED adaptif dengan ciri lampu tinggi. Bentuk bonet memanjang dan cermin depan rendah dengan kaca akustik menyumbang kepada sistem redaman bunyi lebih baik. Rekaan bumbung gaya coupe menyerlahkan imej sporty yang dipekkan bersama aksesori brek M Sport dan rim aloi ringan M 20-inci.

4. KABIN MEWAH

Masuk ke dalam kabin, imej mewah diserlahkan menerusi kemasan elektrosadur pada butang kawalan dan paparan skrin besar 10.25 inci dengan sistem navigasi Navigation System Profesional dan kawalan mudah sentuh Touch Sensitive BMW serta aplikasi mobil BMW ConnectedDrive yang mampu menghubungkan sistem dengan telefon pintar.

X4 baharu ini juga dilengkapi paparan dongak (HUD) berwarna resolusi tinggi (HD) 12.3-inci dan Paparan Instrumen Multifungsi (MID) dengan teknologi panel meter hitam BMW Black Panel. Kawalan suara untuk ciri BMW Voice Control turut dikemas kini untuk pengecaman bahasa lebih baik.

BACA >>> Geely Dedah Imej Pertama SUV Coupe FY11, Pesaing Mercedes GLC Coupe, BMW X4?

Tidak ketinggalan, upholsteri X4 dipadankan kemasan kulit Vernasca merah (Tacora Red) dan sistem penyaman udara tiga zon dengan kawalan berasingan di ruang penumpang belakang. Antara elemen dalam kabin yang menjadi tumpuan ialah bumbung panorama dan sistem bunyi Harman Kardon.

Dengan jarak roda ditingkatkan, ruang penumpang belakang kini lebih lapang 27mm. Kapasiti bagasi juga dinaikkan 25 liter kepada 525 liter dan mampu mencapai tambahan 1,430 liter jika kerusi belakang dilipat dalam konfigurasi 40:20:40.

5. CIRI STANDARD

X4 dilengkapi:

  • Sistem Pacuan Semua Roda (AWD) xDrive
  • Suspensi Adaptif
  • Stereng Sport Variabel
  • Kunci Diferensial Elektronik
  • Bantuan Daki Bukit
  • Kawalan Turun Bukit
  • Kawalan Prestasi

BACA >>> #PanduUji: Volvo XC40 - Baby SUV Sweden Penuh yang Dramatik dan Berteknologi

GALERI

Related

212
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, BMW, BMW Group Malaysia (BGM), BMW X4, BMW X4 xDrive30i M Sport, Sports Activity Coupe

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev