• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / TVS Motor Perkenal Apache RR 310 (2019) Versi Naik Taraf

TVS Motor Perkenal Apache RR 310 (2019) Versi Naik Taraf

May 29, 2019 By Aryon Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TVS baru-baru ini melancarkan Apache RR 310 (2019) untuk pasaran India dengan melakukan beberapa penambahbaikan untuk menangani beberapa isu model terdahulu.

Antara kemas kini ditampilkan ialah warna baharu 'Phantom Black', iaitu skema warna hitam penuh dengan strip putih bermula fairing depan dan sepanjang atas badan. Warna baharu itu dipadankan dengan frem merah Apache RR 310 dan tiub fork emas.

BACA >>> TVS Apache RTR 200 4V Kini di Malaysia, RM10,950 - Mampukah Cabar Modenas Pulsar NS200?

TVS turut melakukan pemetaan semula unit kawalan elektronik (ECU) ke atas Apache RR 310 (2019) bagi mendapatkan output tork rendah lebih lancar. Bagaimanapun, prestasi dijana enjin 313cc kekal pada kuasa 34hp dan tork 27.3Nm, serta dipadankan transmisi klac manual 6-kelajuan yang ditala lebih ringan dan lancar.

Sportbike ini turut diberikan ciri klac sliper untuk mengelak roda belakang terkunci ketika menurunkan gear secara agresif.

Pelapik getah turut ditambah pada bahagian dalam visor angin, termasuk hujung bar hendal yang lebih berat. Penambahbaikan ini dilakukan bagi mengatasi masalah getaran yang dialami model sebelum ini.

Apache RR 310 (2019) dijual pada harga Rs2.27 lakh (RM13,600), iaitu Rs3,000 (RM180) lebih mahal daripada model lama. Dalam pasaran, model ini akan bersaing dengan Kawasaki Ninja 300, KTM RC390 dan Benelli 302R.

Pada Januari lalu, kami dikhabarkan yang model ini akan dibawa masuk wakil pengedar TVS, Daju Motors Sdn Bhd tahun ini. Mungkinkah versi naik taraf ini yang akan diperkenalkan? Berapakah pula harganya nanti?

BACA >>> TVS Apache RR 310 Masuk Malaysia Tahun Ini, Alternatif BMW G310R yang Lebih Murah

GALERI

SUMBER: BikeWale

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: India, roda2, sportbike, TVS, TVS Apache RR 310 (2019), TVS Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev