• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: Kelibat RS150R Bocor di Kilang Honda Vietnam, Versi Facelift Lancar Tahun Ini?

#Spyshot: Kelibat RS150R Bocor di Kilang Honda Vietnam, Versi Facelift Lancar Tahun Ini?

May 29, 2019 By Aryon Leave a Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MEDIA Vietnam ketika ini kecoh dengan penampakan kelibat kapcai yang dikatakan super moped Honda Winner 150 (Malaysia: RS150R). Ia dilihat di satu ruang berlantai hijau yang dipercayai dalam kawasan kilang Honda Vietnam. Jadi ada kemungkinan besar itu ialah Winner versi dipertingkat (facelift) yang sedang dalam pembikinan.

Foto didedahkan ini diperoleh menerusi laman web Indonesia, IwanBanaran yang katanya menerima imej tersebut daripada pembacanya di Vietnam. Namun, foto yang kita semua lihat ketika ini sangat kabur dan semacam susah pula hendak menganalisis perubahan yang dilakukan.

Jadi kita hanya boleh buat ramalan saja tentang kemungkinan berlaku perubahan pada bahagian hendal dan kepala RS150R, termasuk seragam model itu. Jika melihat imej itu, terperasan juga yang kapcai itu mungkin memindahkan unit lampu utama ke bahagian fairing depan, seperti skuter Honda Vario. Cer tengok betul-betul. Hmm...

BACA >>> Honda RS150R di Asean - Beza Gaya dan Rupa, Mana Satu Lagi Cun?

Apapun, tidak perlulah kita berspekulasi banyak lagi kerana kualiti gambar pun agak menyakitkan hati. Tetapi cukuplah kita percaya gambar itu dari Vietnam dan RS150R kini sedang dalam pembikinan. Selepas dilancarkan di negara jiran sana (dijangka tahun ini), Malaysia pasti menjadi negara kedua menyambut kehadiran model itu kerana semua orang tahu Malaysia ialah kubu kuat kapcai peringkat alam semesta.

SUMBER: IwanBanaran

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Honda, Honda RS150R, Honda Vietnam, Honda Winner (2019) Facelift, Kapcai, super moped, underbone

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev