• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / BMW 1 Series (2020) Didedahkan Menjelang Debut Global Jun Depan

BMW 1 Series (2020) Didedahkan Menjelang Debut Global Jun Depan

May 27, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

83
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GENERASI ketiga BMW 1 Series ini mengalami perubahan besar bermula daripada peralihan pacuan roda belakang (RWD) kepada pacuan roda depan (FWD) hingga platform. Rekabentuk kabin dan luaran turut berubah, tetapi cuma perubahan minimalis.

Seperti model BMW terbaharu, 1 Series didatangkan dengan gril depan signatur bentuk ginjal, 'Kidney' bersaiz besar dengan frem krom. Lampu depan direka tirus untuk memberikan lebih kesegaran pada hot-hatch itu supaya setanding produk BMW baharu lain.

BACA >>> Pratempah Hatchback EV, BMW i3s Dibuka di Malaysia, Harga RM279k

REKABENTUK LEBIH SPORTY

Bergantung kemasan ditawarkan, ada beberapa pilihan rekabentuk bampar depan yang lebih sporty untuk M135i xDrive.

Lampu belakang juga direka bentuk tirus dengan ciri LED penuh, manakala padanan ekzos berdiamater 90mm boleh ditukarkan kepada bentuk dwi paip bersaiz 100mm untuk versi M135i xDrive. Pembeli juga boleh memilih rim aloi bermula saiz 16-19 inci. Turut tersedia pilihan tambahan bumbung panoramik besar.

Tidak seperti pengeluar lain yang cuba menjadikan kereta lebih besar untuk setiap generasi baharu, sebaliknya BMW menjadikan 1 Series lebih pendek 5mm dan jarak roda dikurangkan 20mm menjadi 2,670mm. Bagaimanapun, lebar ditambah 34mm menjadi 179mm, termasuk tambahan tinggi 13mm (1,434mm).

BACA >>> BMW 3 Series (2019) Muncul di Paris dengan Imej Lebih Segar

Penukaran sistem pacuan FWD memberikan ekstra keluasan kabin dengan tambahan ruang 33mm untuk bahagian lutut penumpang, 19mm (ruang kepala) dan 13mm (ruang siku). Bahagian but juga lebih luas, 380 liter (+20 liter), dan jika kerusi belakang dilipat penuh, lagi ekstra ruang dapat diluaskan hingga 1,200 liter.

INFOTAINMENT KAWALAN GESTUR

Bahagian papan pemuka kelihatan sama seperti produk BMW sedia ada dengan unit infotainment skrin sentuh 8.8-inci, termasuk sokongan kawalan gestur. Bagi spesifikasi premium, paparan skrin bersaiz 10.25 inci dan lengkap dengan kluster instrumen digital penuh.

Bakal didedahkan secara global 25 Jun ini di Munich, Jerman, M135i xDrive dipacu enjin 4-silinder berkuasa 302hp dan tork 450Nm. Hantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi transmisi automatik 8-kelajuan, manakala pecutan 0-100kmj mampu dibuat sepantas 4.8 saat.

BACA >>> Pesaing Toyota Supra, BMW Z4 Ditayangkan di Malaysia - Harga RM460k

Varian standard menggunakan enjin petrol 3-silinder 1.5L berkuasa 138hp dan tork 220Nm dengan pilihan transmisi manual 6-kelajuan dan automatik 7-kelajuan. Tidak ketinggalan juga varian diesel 116d dengan enjin 3-silinder 1.5L berkuasa 114hp dan tork 270Nm berserta pilihan transmisi manual 6-kelajuan dan automatik 7-kelajuan. Varian diesel lain termasuklah 118d dan 120d xDrive.

GALERI

SUMBER: Motor1

Related

83
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: BMW, BMW 1 Series, BMW Group Malaysia (BGM), BMW M135i xDrive, hatchback premium, hot-hatch, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my