• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / India Sasar Pelan Bebas Emisi, Motosikal Bawah 150cc Mesti Enjin Elektrik Pada 2025

India Sasar Pelan Bebas Emisi, Motosikal Bawah 150cc Mesti Enjin Elektrik Pada 2025

May 27, 2019 By Aryon Leave a Comment

131
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INDIA mensasarkan melaksanakan penetapan jualan motosikal elektrik sepenuhnya untuk jentera bersesaran kecil menjelang 2025 dalam usaha mewujudkan persekitaran sifar emisi di negara yang memiliki populasi lebih 1.3 bilion itu.

India kini ialah pasaran motosikal terbesar dunia dengan jualan mencecah 22 juta unit setakat 31 Mac lalu, iaitu tujuh kali ganda berbanding pasaran kereta dan kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam tempoh sama.

Dengan populasi hampir menyamai China dengan kawasan hampir sama luas seperti Amerika Syarikat (AS), penyelesaian mobiliti baharu dan inovasi ialah sangat penting, dan motosikal menjadi sebahagian daripadanya. Sebarang keputusan dibuat Kerajaan akan memberikan impak kepada pasaran antarabangsa.

Pada 2018, pasaran India sahaja sudah mewakili enam pasaran motosikal dunia. Jadi, tidak hairan kenapa pengeluar ternama berebut-rebut mahu melabur di negara itu. Malah, sanggup pula menghasilkan motosikal bersesaran kecil semata-mata untuk menembusi pasaran massa di India.

BACA >>> Harley-Davidson Paling Mampu Milik Lancar Tahun Depan, Harga Dijangka RM30k?

MULAKAN DENGAN MOTOR TIGA RODA DAN 150CC

Kini, tiba pula masa kepada teknologi hijau. Satu sumber dipetik RideApart melaporkan Kerajaan India mencadangkan pelan agresif untuk melaksanakan mobiliti elektrik di negara berkenaan. Sebagai permulaan, semua kenderaan tiga roda yang dijual perlu berenjin elektrik sepenuhnya menjelang 2023, manakala semua motosikal dan skuter berenjin 150cc dan ke bawah baharu perlu bebas emisi menjelang 2025.

Pelan tersebut bagaimanapun tidak melibatkan motosikal besar selepas mengambil kira status motosikal enjin kecil sebagai pasaran terbesar. Pelan berkenaan turut melibatkan penambahan subsidi dan pembangunan kemudahan mengecas.

Jualan motosikal dan skuter elektrik di India hanya mewakili peratusan kecil jualan tempatan, iaitu 126,000 unit, tetapi meningkat dua kali ganda berbanding tahun lalu. Jadi, dasar baharu Kerajaan itu dijangka menggandakan lagi jumlah jualan motosikal elektrik di negara berkenaan apabila pengeluar akan mula menghasilkan model elektrik sesaran kecil untuk dijual.

BACA >>> Hero Kekal Jenama Motosikal Paling Laris India Bulan Lalu, Yamaha Tiada dalam Ranking

jerebu-india-1
jerebu-india-2

Sama seperti China, persekitaran India turut terdedah dengan asap dan pencemaran. Strategi baharu itu diharapkan dapat menyumbang kepada pengurangan emisi dan impak positif kepada industri.

Related

131
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, bebas emisi, India, Kenderaan Elektrik (EV), motosikal, motosikal elektrik, roda2, skuter elektrik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev