KENAPA perlu berhabis banyak wang untuk memiliki jentera idaman jika motosikal sedia ada sudah boleh diubah suai? Apa nak buat, cuma mampu beli motosikal versi lebih kecil. Niat hati memang mengidamkan motor besar, tetapi apakan daya, fulus tidak cukup.
Jangan bimbang, Yamaha R15 V3 ini mungkin boleh diubah suai dengan meminjam idea si tuan motor ini yang mengubah sportbike miliknya itu menjadi YZF-R1M.
BACA >>> Evolusi Yamaha YZF-R15 [Siri 1]: Generasi Pertama (2008-11)
Biarlah apa orang hendak kata. Apa yang penting, kita gembira dan puas hati. Lebih menarik, proses transformasi ini cukup mudah dengan cara buka dan pasang saja, atau istilah popularnya, plug and play (PNP) tanpa perlu mengubah casis atau mounting asal. Paling penting, sentuhan pereka kustom asal Bandung ini cukup teliti.
Pertama, anda hanya perlu beli satu set badan atau casing R1M bermula fairing depan, kowl bawah, madgad hingga bahagian belakang. Bagi versi yang pelana belakang tiada fungsi, komponen itu ditanggalkan.
BACA >>> Yamaha R15 di Kedai Hujung Bulan Ini, Harga Dijangka Cecah RM14k! (Haa.. Tepokkk...)
Pakej ditawarkan juga lengkap dengan lampu siang (DRL) dan madgad besar bagi menampung tayar saiz 180. Proses ubah suai mengambil masa 1-2 jam untuk menanggalkan semua komponen asal R15, bermula fairing, penutup tangki minyak hingga belakang motor.
Madgad belakang memang mesti dicabut kerana rekabentuk baharu tidak boleh dipasangkan fender belakang. Selesai cabut, barulah modifikasi bahagian elektrik untuk lampu isyarat dan lampu depan dibuat. Tidak susah pun kerana cuma PNP saka. Malah, lampu belakang masih menggunakan barang asal.
Cuma saiz lubang sirip pada tangki agak besar hingga memberi visual kurang cantik dipandang kerana komponen dalam tangki nampak jelas. Tetapi itu hanya masalah kecil dan bukan isu besar. Jangan terkejut jika pemilik R15 ini sebenarnya ialah orang Malaysia, manakala barang casing R1M ini pula dibeli pada harga sekitar RM2,600.
BACA >>> #BikinMotor: Yamaha R15 Tekno dengan Penghidup Biometrik, Guna Pengimbas Cap Jari
Sportbike aras mula ini kemudian dipadankan ekzos Akrapovic, madgad tayar, kemasan warna badan perak berserta seragam R1M, fork terbalik (USD) Öhlins dan brek Brembo serta akhir sekali ialah memasang penutup kotak engkol lutsinar.
Hasilnya cukup mantapkan?
BACA >>> Yamaha YZF-R1 Baharu Bakal Dilengkapi Ciri Anti-Wheelie Guna Brek Belakang
GALERI
SUMBER: IwanBanaran
azwan says
mana nak dapat coverset ni yee ?
Zam says
Question pertama: mne bleh dpt coverset ni yer..??
Question kedua: siap semua pasang harga dye 2600K ke..???
Willson Leong says
Hi, ade contact nombor?
Ikhwan says
Hi ada contact no x...mmg minat nak buat ni..