PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menggesa Pejabat Perwakilan Perdagangan Amerika Syarikat (USTRO) supaya mengetatkan import kenderaan dan komponen dari Eropah dan Jepun kerana dianggap mengancam keselamatan negara itu.
Jadi pentadbiran Trump kini sedang menkaji untuk mengenakan sekatan dan mengehadkan import baharu daripada memasuki negara berkenaan.
BACA >>> Walaupun Trump Celupar, Harley-Davidson Laris di Eropah
Rancangan Trump itu dibuat berasaskan laporan terkini Kementerian Perdagangan yang menunjukkan kesimpulan sama. Menurut Rumah Putih, kelebihan militari dan pertahanan AS ialah bergantung kepada persaingan industri automotif domestik dan pencapaian penyelidikan yang dihasilkan.
Justeru Trump mengarahkan Wakil Perdagangan AS, Robert Lighthizer untuk melakukan rundingan dengan Eropah, Jepun dan mana-mana negara lain yang dilihat sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Lighthizer diberikan masa 180 hari untuk melengkapkan proses rundingan tersebut.
Menurut Rumah Putih, jika tiada keputusan dicapai, Presiden akan membuat keputusan sendiri untuk bertindak, iaitu mengenakan sekatan baharu untuk kereta import.
Sebagai tambahan kepada alaman keselamatan kebangsaan, isu dibangkitkan Rumah Putih juga ada kaitan dengan wang dan perkongsian saham. Trump pernah membuat kenyataan yang perkongsian pasaran saham antarabangsa dalam automotif AS didapati merosot 36 peratus pada 1995 hingga 12 peratus (2017).
BACA >>> Ferrari F430 Milik Donald Trump Tidak Laku Dilelong, Mujurlah Ada Pembeli 'Kautim'
Leave a Reply