HARLEY-Davidson paling mampu milik khabarnya akan dilancarkan di India seawal tahun depan pada harga serendah Rs2.5 lakh (RM15,000) yang pasti menjadi berita baik kepada peminat jenama motosikal dari Amerika Syarikat itu.
Selain India, Harley-Davidson turut merancang memasarkan segmen motosikal mampu milik itu untuk pasaran negara Asia lain menjelang 2020.
Pelan strategi baharu pemarasan itu tersebut sebenarnya sudah diumum Harley-Davison pada suku pertama tahun ini menerusi pembangunan platform motosikal baharu, dimulai dengan segmen 250cc dan 500cc. Ia kemudian akan disusuli platform kelas pertengahan, iaitu 750cc. Bagaimanapun segmen 250-500cc dibangunkan untuk pasaran tertentu seperti India.
DIPASANGKAN DI INDIA
BACA >>> Pelan Harley-Davidson: Serius Masuk Pasaran Asia, Bakal Lancar Model 250cc
Motosikal baharu itu dilaporkan akan dipasangkan syarikat perusahaan tempatan, tetapi Harley-Davidson menutup mulut daripada mendedahkan siapakah rakan kongsi berkenaan. Barisan model baharu itu juga mungkin akan dieksport ke pasaran negara lain.
Dari segi spesifikasi, model Harley-Davidson bersesaran kecil itu akan dipacukan enjin silinder tunggal yang kali pertama dibangunkan pengeluar itu. Ia sesuatu yang baharu, tetapi pastinya bukan terlalu sukar buat Harley-Davidson yang memiliki sejarah pembuatan motosikal lebih 100 tahun
Jika benar apa diuar-uarkan, tidak mustahil kita akan melihat model pertama 250-500cc pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019, tahun ini.
BACA >>> Beginikah Rupa Motosikal Harley-Davidson Enjin Kecil?
Jika masuk pasaran Malaysia dan mengambil kira cukai dikenakan, harga jangkaan Harley-Davidson versi mampu milik ini mungkin dijual sekitar RM30k.
Leave a Reply