• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bocor Foto Rasmi Suzuki Gixxer SF 250 (2019)

Bocor Foto Rasmi Suzuki Gixxer SF 250 (2019)

May 20, 2019 By Aryon Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BEBERAPA foto rasmi Suzuki Gixxer SF 250 tersebar yang khabarnya akan dilancarkan hari ini bersama model siri sama yang bersesaran enjin lebih kecil.

Berdasarkan gambar, jelas sekali Suzuki melakukan pembaharuan rekabentuk yang lebih mengancam dengan gaya tajam diilhamkan daripada model perdana jenama itu. Rekabentuk badan nampak seimbang dengan pelana terpisah, ekzos dwi barel dan bar hendal clip-on yang menyerlahkan personaliti sporty.

Gixxer SF 250 dikuasakan enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 249cc SOHC penyejukan minyak dengan angka kuasa 26.1hp @ 9,000rpm dan tork 22.6Nm @ 7500pm. Bersama teknologi suntikan bahan api, sportbike ini dilengkapi transmisi klac manual 6-kelajuan sirat malar.

Sistem suspensi Gixxer SF 250 dipasangkan fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang. Bahagian roda menggunakan rim aloi 5 jejari 17 inci dengan tayar 110/70 di depan dan 150/60, belakang.  Sistem brek pula menggunakan brek cakera untuk kedua-dua bahagian roda dan turut diberikan ciri ABS dua saluran.

Dimensi Gixxer SF 250 memiliki jarak roda 1345mm, lebih 15mm berbanding Gixxer SF. Jarak tinggi tanah ialah 165mm, manakala tinggi pelana ditetapkan pada 800mm. Kapasiti tangki menawarkan isian petrol hingga 12 liter dan berat pula ialah 161kg.

Apabila dilancarkan Gixxer SF 250 akan berentap dengan Yamaha Fazer 25 dan Bajaj Pulsar RS 200 di pasaran India.

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: sportbike, Suzuki, suzuki gixxer

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my