• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Marquez Beri Kejuaraan ke-300 Buat Honda, Hafizh Kali Pertama Atasi Oliveira

Marquez Beri Kejuaraan ke-300 Buat Honda, Hafizh Kali Pertama Atasi Oliveira

May 19, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


ADINDA Marc Marquez dengan tenang dan bertenaga merangkul kejuaraan GP Perancis 2019 di Le Mans, sekali gus memberikan kemenangan ke-300 buat Honda dalam kelas premier dengan mengetepikan saingan terdekat daripada Ducati Team.

Jack Miller (Pramac Ducati) yang suatu ketika mendahulu Marquez, terpaksa menyerahkan baton saingan kepada pasukan pengilang menerusi pelumbanya, Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci untuk sama-sama menaiki podium kedua dan ketiga. GP Perancis juga menjadi podium pertama buat Petrucci, sama seperti diraihnya musim lalu.

BACA >>> Rossi: Zarco Tak Ada 'Feeling' dengan KTM

Your #FrenchGP 🇫🇷 podium 🏁

🥇 @marcmarquez93
🥈 @AndreaDovizioso
🥉 @Petrux9 #MotoGP pic.twitter.com/eQ3WcFJw7U

— MotoGP™ 🇫🇷 (@MotoGP) May 19, 2019

Kekanda Valentino Rossi menamatkan saingan di tempat kelima selepas beberapa kali berhempas pulas dengan pelumba lain. Rakan pasukannya, Maverick Vinales pula gagal menamatkan saingan.

Pasukan Malaysia pertama ke kelas premier, Petronas Yamaha SRT menerusi pelumba Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo terpaksa berpuas hati di kedudukan ke-7 dan 8 walaupun beraksi cemerlang pada saingan Latihan Bebas (FP) dan Kelayakan (Q1).

Tidak lengkap artikel ini kalau tidak kita ceritakan tentang pelumba negara, Hafizh Syahrin daripada Red Bull KTM Tech3. Bersyukurlah Pescao menamatkan saingan ke tempat ke-14, dan ini kali pertama dia berada di atas rakan pasukannya, Miguel Oliveira (15).

BACA >>> Bos KTM Tech3 Tak Faham Kenapa Hafizh Gagal Konsisten, Kejap Laju, Kejap Perlahan

Namun, Hafizh tidak boleh terlalu bergembira kerana dia masih kekal dalam kelompok 3 terakhir, tambahan lagi saingan GP Perancis ini menyaksikan enam pelumba gagal menamatkan perlumbaan. Pelumba pengilang Red Bull KTM Factory, Johaan Zarco berada satu tangga di atas Hafizh, ke-13 dengan beza masa 3 saat. Pol Espargaro pula konsisten memberikan mata buat KTM di tempat ke-6.

GP PERANCIS 2019

  1. Marc Marquez ESP Repsol Honda (RC213V) 41m 53.647s
  2. Andrea Dovizioso ITA Ducati Team (GP19) 41m 55.631s
  3. Danilo Petrucci ITA Ducati Team (GP19) 41m 55.789s
  4. Jack Miller AUS Pramac Ducati (GP19) 41m 56.587s
  5. Valentino Rossi ITA Monster Yamaha (YZR-M1) 41m 56.700s
  6. Pol Espargaro ESP Red Bull KTM Factory (RC16) 41m 59.582s
  7. Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha SRT (YZR-M1) 42m 0.834s
  8. Fabio Quartararo FRA Petronas Yamaha SRT (YZR-M1)* 42m 2.086s
  9. Cal Crutchlow GBR LCR Honda (RC213V) 42m 3.500s
  10. Alex Rins ESP Suzuki Ecstar (GSX-RR) 42m 7.356s
  11. Jorge Lorenzo ESP Repsol Honda (RC213V) 42m 8.650s
  12. Aleix Espargaro ESP Factory Aprilia Gresini (RS-GP) 42m 23.159s
  13. Johann Zarco FRA Red Bull KTM Factory (RC16) 42m 26.708s
  14. Hafizh Syahrin MAL Red Bull KTM Tech3 (RC16) 42m 29.128s
  15. Miguel Oliveira POR Red Bull KTM Tech3 (RC16)* 42m 29.691s
  16. Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR)* +1 lap
  • Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) DNF
  • Andrea Iannone ITA Factory Aprilia Gresini (RS-GP) DNF
  • Maverick Viñales ESP Monster Yamaha (YZR-M1) DNF
  • Francesco Bagnaia ITA Pramac Ducati (GP18)* DNF
  • Tito Rabat ESP Reale Avintia Ducati (GP18) DNF
  • Karel Abraham CZE Reale Avintia Ducati (GP18) DNF

* Rookie

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: French GP, GP Perancis, Hafizh Syahrin, Le Mans, Marc Marquez, MotoGP, MotoGP 2019

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev