• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kajian: Toyota Yaris Kereta Terpakai Paling Reliabel UK Menurut What Car?

Kajian: Toyota Yaris Kereta Terpakai Paling Reliabel UK Menurut What Car?

May 19, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMBACA selalu dihidangkan dengan anugerah kereta baharu saban tahun, tetapi bagaimanakah pula dengan kereta terpakai?

Reputasi kereta terpakai sebenarnya sama penting seperti kereta baharu kerana pengalaman pemilikan melibatkan tempoh yang lama. Pengiktirafan kereta terpakai juga penting untuk dijadikan rujukan kepada pengguna yang sedang berkira-kira mahu memilikinya.

Menyedari kepentingan perkata itu, majalah automobil dari Britain, What Car? mengambil inisiatif membuat survei khusus tentang reputasi kereta terpakai.  What Car? turut menjadi platform pembelian kereta baharu di Britain.

BACA >>> #PanduUji: Toyota Yaris (2019) Lagi Sedap dan Syok daripada Vios!

Toyota Yaris (2015)
Toyota Yaris (2015)
Toyota Yaris (2011)
Toyota Yaris (2011)
Toyota Yaris (2019)
Toyota Yaris (2019)

Menariknya, berdasarkan keputusan survei, Toyota Yaris dinamakan sebagai kereta terpakai terbaik di Britain. Reputasi Toyota jelas kukuh sama ada model baharu atau terpakai. Keputusan diperoleh daripada jumlah responden yang besar, iaitu lebih 10,000 pemilik kenderaan  berusia 4-10 tahun.

Responden membuat penarafan tentang reliabiliti sepanjang tempoh pemilikan, dan jenis masalah  dihadapi  termasuk  sama ada kerosakan itu dibaiki dalam tempoh waranti atau sebaliknya.

Pengeluar Jepun mendominasi kedudukan 10 ranking teratas sebagai kereta paling reliabel dengan menduduki tujuh kedudukan terbaik. Yaris mendapat undian tertinggi sebagai kereta terpakai paling reliabel dengan skor reliabel 99.1 peratus. Hanya 9 peratus pemilik Yaris melaporkan kerosakan yang dihadapi kepada What Car? melibatkan masalah kecil elektrikal.

BACA >>> Toyota Yaris (2019) di Malaysia, Harga Bermula RM70k - Mampukah Cabar Jazz, Myvi?

Audi Q3
Lexus CT200h

Lexus CT dan Audi  Q3 pula masing-masing di tempat kedua dan ketiga. Berikut senarai 10 kereta paling tahan  mengikut tinjauan What  Car?

JENAMA DAN MODELRATING RELIABEL
Toyota Yaris (2011 – sekarang)99.1%
Lexus CT (2011 – sekarang)98.8%
Audi Q3 diesel (2011 – 2018)96.5%
Mitsubishi ASX (2010 – sekarang)96.3%
Seat Leon (2013 – sekarang)95.9%
Lexus RX (2009 – 2016)95.4%
Honda Civic diesel (2012 – 2017)95.0%
Honda CR-V (2012 – 2018)94.6%
Honda Jazz (2008 – 2015)94.2%
Volkswagen Touareg (2010 – 2018)94.1%

BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Mudah Pemanduan Selamat (Sempena Cuti Panjang)

Mitsubishi ASX
Mitsubishi ASX
Toyota Yaris Sport
Toyota Yaris Sport
What Car new logo
Lexus CT200h
Lexus CT200h
Audi Q3
Audi Q3

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: autotainment, kajian WhatCar?, Kereta terpakai, Kereta Terpakai Paling Reliabel UK 2019, reliabel, Reliabliti, Toyota Yaris

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev