PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bercadang mengambil tindakan lebih tegas dengan mengenakan sekatan pembaharuan lesen memandu, cukai jalan kenderaan, pasport, pendaftaran perniagaan sekiranya peminjam culas membayar hutang.
Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN, Mastura Mohd Khalid, berkata beberapa sekatan baharu itu mungkin akan diperkenalkan sekiranya peminjam tidak mahu menjelaskan hutang selain prestasi bayaran balik yang semakin rendah.
Menurutnya, masalah pinjaman itu diburukkan lagi apabila hanya 49 peratus daripada keseluruhan tiga juta peminjam PTPTN melunaskan pinjaman mereka dan bakinya tidak membayar secara konsisten termasuk 19 peratus atau 356,000 peminjam langsung tidak pernah membayar balik pinjaman yang mencecah RM2.8 bilion.
“Ketika ini PTPTN menanggung hutang RM40 bilion, iaitu lebih besar daripada 1MDB. Dalam tempoh 10 tahun lagi, hutang yang diunjurkan kami ialah RM55 bilion dan dalam tempoh 20 tahun, meningkat sehingga RM76 bilion," katanya yang dipetik daripada Berita Harian.
Tambah Mastura lagi, penguatkuasaan lebih tegas perlu dilaksanakan bagi memastikan setiap peminjam melunaskan pinjaman termasuklah mereka tidak pernah membayar pinjaman walaupun satu sen.
Buat peminjam PTPTN yang masih belum pernah membayar pinjaman, mungkin boleh tindakan dengan segera. Apa pula pandangan anda semua?
BACA >>> #SembangDeras: Bekas Graduan Mengaku Silap Besar Bayar Kereta Mahal Selepas Tamat Belajar
BACA >>> JPJ Akan Kompaun RM300 Sebab Lambat Perbaharui Lesen Memandu?
BACA >>> 11 Orang Ini Patut Beli Kereta Terpakai Saja! Jangan Nak 'Eksyen' Lebih Naa...
N says
Sia2 nak buat lesen,ingat boleh g keje dengan mudah,pergi berniaga guna kete...senang cari duit nak bayao hutang!. Lah ni jadi lagu ni pulak. Bukan permudahkan.. ini menumpang peminjam ke arah kemiskinan namanya.. PM...kelonggaran please. Ada diantara peminjam tu Naik Moto pergi kerja, untuk teruskan kehidupan. Kerisauan ini fokus pada masa hadapan negara juga.
Mimi Lucy says
Naik la transport awam
Beli keta ada duit plak
am says
mungkin kawasan perumah dia jauh dari kemudahan pengangkutan awam... kita kene fikir juga faktor bagi seseorang individu tu.. jgn lah kita mudah sangat berkata begitu pada dia.. rezeki masing².. dan mungkin juga perbelanjaan dia cukup² utk menanggung keluarga sahaja..
Mimi adriana says
Mmg la naik transport awam.. kau ingat semua org mampu naik transport awam ke senget? Nak pergi mana2 mudah..kalau transport sndiri. senang2 ja cakap bayar kete mudah.. cakap serupa bangkai.kau tak pk org naik motor tu lagi senang daripada naik transport awam..cepat n senang nak selit.
Citizen says
Ada hasrat nak ambik lesen gi kerja, mesti ada gaji mnpa x nak bayar.. rasa skrng. Mampu beli motor kereta lg.
Apasaja says
Dulu kata nk hapus,nah...lani lg teruk
Manusiabiasa says
Makin lama Makin menyusahkan kerajaan sekarang nie...nak sekat itu ini tapi dia tahu x Masa Kita nak p study dulu sementara nak dapatkan duit ptptn tue Kita kena pinjam saudara mara until bayar deposit pendaftaran n belanja bulanan sebab x mampu untuk bayar deposit bila dah dapat ptptn lak mcm dapat x dapat jak...elaun lak tidak seperti yang dijanjikan n belajar pulak tidak seperti Kita belajar sekolah menengah Dan rendah dapat pendidik yg btul2 mendidik...lepas tue duit ptptn pown majority masuk ke poket dorang jer balik yg mati membayar Kita...