• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Honda PCX 150 Guna Tukar Rim RCB Yamaha NMax, Pasang Tayar Zeneos

#BikinMotor: Honda PCX 150 Guna Tukar Rim RCB Yamaha NMax, Pasang Tayar Zeneos

May 17, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

276
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEKALI pandang nampak tiada beza dan seakan tiada sentuhan modifikasi dilakukan ke atas Honda PCX 150 milik Fendy Hartono dan Wendy Hartono. Tetapi itulah yang dimahukan dua beradik itu, ringkas tetapi elegan.

Jika ditelitikan, skuter maksi itu sebenarnya mengalami perubahan signifikan pada bahagian roda, iaitu dipasangkan rim RCB asal NMax selebar 3.5 inci (depan) dan  4 inci (belakang) dipilih.

Mungkin idea itu sedikit ekstrem untuk kegunaan seharian, tetapi bagi pemiliknya, apa salah mencuba. Pemasangan rim belakang tidak terlalu sukar kerana pemacu roda pada kotak engkol CVT memiliki saiz sama dengan rim RCB NMax.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tukar Hendal Honda PCX 150 dengan Yamaha NMAX 155

"Jadi kami hanya perlu buat pelindung penutup kotak gear antara rim dan kotak engkol CVT supaya tiada ruang.

“Penutupnya menggunakan bilet aluminium supaya rapi dan direka mengikuti bentuk bulatan rim kepada CVT. Untuk brek cakera, kami guna NMax saiz 230mm, tetapi dikecilkan 10mm kepada 220mm supaya tidak perlu buat braket kaliper," kata Wendy .

BACA >>> Yamaha Indonesia Sambut Honda PCX dengan Lancar NMAX 'Facelift'

Tidak berakhir di situ, pemasangan rim depan agak rumit kerana segitiga NMax perlu dipasang sekali dan tabung fork standard daripada PCX. Ini kerana lebar rim RCB NMax ialah 3.5 inci, tetapi PCX 3 inci. Penyelesaiannya, pemilik perlu guna segitiga milik NMax. Ukuran segitiga PCX hanya 210mm sedangkan NMax 250 mm.

Bahagian tayar menggunakan tayar Zeneos ZN62 90/80-14 (depan) dan Zeneos ZN62 110/70-14 (belakang). Sistem henti  dipasangkan brek cakera TDR Honda Tiger Custom di depan dan master brek KTC, manakala bahagian badan Honda PCX 150 disembur cat Hot Candy Green (hijau) supaya menyerlah.

BACA >>> Imej Paten Yamaha NMAX (2019) Bocor, Rupa Depan Dikemas Kini Baharu

SUMBER: NaikMotor

 

Related

276
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikinmotor, Honda PCX 150, Indonesia, Maxi, scooter, skuter, skuter maksi, Yamaha NMAX (2019)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my