• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volkswagen Tawar Pakej 'Sound & Style' dengan Aksesori Bunyi, Kemasan Istimewa

Volkswagen Tawar Pakej 'Sound & Style' dengan Aksesori Bunyi, Kemasan Istimewa

May 17, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

130
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan pakej Volkswagen Sound & Style untuk model Passat Comfortline, Passat Highline, Tiguan Highline dan Golf R-Line.

Pakej berkenaan sesuai kepada mereka yang gemar mendengar muzik dengan tawaran aksesori bernilai hingga RM16,000 (mengikut model).

BACA >>> Volkswagen Tunjuk Lampu Konsep Masa Depan, Mampu Interaksi dengan Persekitaran

Rangkaian ‘Sound & Style’ dilengkapi dengan aksesori bar suara, Helix 300W Soundbar buatan Jerman yang diluluskan Volkswagen. Dipasangkan pada ruang kargo kereta, bar suara itu terdiri daripada sebuah amplifier 5-saluran yang disepadukan dengan pemproses bunyi dan subwufer.

Sistem itu ialah tambahan kepada sistem bunyi 8 pembesar suara yang sudah siap ada dalam kereta. Ia didatangkan dengan kalibrasi profail bunyi tepat berdasarkan kepada model. Aksesori lain yang turut dipasang ialah pedal sport aluminium, plat pemijak kaki sisi aluminium dan filem gelap, VW Tint.

BACA >>> Volkswagen Lancar Jenama Baharu, Jetta untuk Pasaran Kereta Aras Mula di China

Rangkaian model ‘Sound & Style’ boleh dilihat secara dekat pada acaraVolkswagen Tour yang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya bermula 14-20 Mei ini. Lebih istimewa, pelanggan yang menempah mana-mana model Volkswagen pada siri jelajah tersebut akan menerima rebat tambahan RM500 dan kad petrol RM1,000 serta penjimatan hebat ke atas model-model terpilih.

Berikut pakej aksesori yang ditawarkan VCM mengikut model:

1. Volkswagen Passat Comfortline ‘Sound & Style’ - RM188,690

  • Helix 300W Soundbar, pedal sport aluminium, rim aloi Dartford 18 inci dan VW Tint, semua bernilai RM12,000.

2. Volkswagen Passat Highline ‘Sound & Style’ - RM211,390

  • Helix 300W Soundbar, pedal sport aluminium, pemijak kaki sisi aluminium, rim aloi Verona 19 inci dan VW Tint, semua bernilai RM16,000.

3. Volkswagen Tiguan Highline ‘Sound & Style’ - RM174,990

  • Helix 300W Soundbar, kemasan krom pada but, hujung ekzos krom, spoiler belakang hitam dan VW Tint, semua bernilai RM9,000.

4. Volkswagen Golf R-Line ‘Sound & Style’ - RM177,390

  • Helix 300W Soundbar dan VW Tint, bernilai RM4,000.

Related

130
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda4 Tagged With: Golf R-Line, Helix 300W Soundbar, Volkswagen, Volkswagen Golf R-Line ‘Sound & Style’, Volkswagen Passat Comfortline, Volkswagen Passat Comfortline ‘Sound & Style’, Volkswagen Passat Highline, Volkswagen Passat Highline ‘Sound & Style’, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Volkswagen Sound & Style, Volkswagen Tiguan Highline, Volkswagen Tiguan Highline ‘Sound & Style’, Volkwagen Tiguan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev