SEMPENA sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang, termasuk meraikan jualan 5 juta unit kenderaan Haval seluruh dunia, Haval Malaysia melancarkan kempen Haval Crazy Raya.
Kempen tersebut menawarkan waranti tanpa had selama 8 tahun untuk Haval H2, dan 7 tahun untuk Haval H1.
Ketua Bahagian Pengedar Jualan, Go Auto Sales Sdn Bhd, Suhaimi Nawawi berkata, pelanggan yang membeli H2 juga akan menikmati servis penyenggaraan dan alat ganti percuma selama 5 tahun.
BACA >>> #PanduUji: Haval H1 - Tegap Macam SUV, Lincah Macam Hatchback
“Haval satu-satunya SUV yang hadir dengan tawaran waranti seperti ini di Malaysia. Jangan lepaskan peluang ini!" katanya.
BACA >>> Siri Jelajah HAVAL Rocks The Town Tawar Promosi dan Peraduan Menarik!
Selain itu, Haval Malaysia turut menawarkan pakej pemilikan kenderaan menarik kepada pembeli yang membuat
tempahan bermula Mei ini hingga 30 Jun depan. Pembeli boleh memilih satu daripada tiga pakej pemilikan yang ditawarkan untuk Haval H2 mengikut keinginan mereka.
Leave a Reply