• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Apakah Perbezaan SUV dan Crossover?

#TahukahAnda: Apakah Perbezaan SUV dan Crossover?

May 14, 2019 By Han Othman Leave a Comment

9.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MUNGKIN ada yang bertanya apakah perbezaan SUV (Kenderaan Utiliti Sukan @ Sport Utility Vehicle) dan crossover? Adakah kedua-dua jenis kenderaan itu memiliki keupayaan meredah jalan lasak atau off-road?

Jawapannya,

SUV dan crossover memiliki rupa luaran yang mirip satu sama lain. Penampilan paling ketara ialah jarak ketinggian tanah tinggi yang memudahkan dua jenis kenderaan ini melalui permukaan jalan kasar, tidak berturap dan seumpamanya. Tetapi perbezaan paling tepat ialah struktur casis.

BACA >>> Kia Dedah Imej Pertama SUV Kecil Baharu Khas untuk Pembeli Muda

Casis badan-atas-frem Mitsubishi Pajero
Casis badan-atas-frem Mitsubishi Pajero
Casis badan-atas-frem Mercedes-Benz G400
Casis badan-atas-frem Mercedes-Benz G400

SUV boleh dianggap kereta sport pelbagai guna dengan struktur binaan badan-atas-frem (body-on-frame), iaitu casis dan badan dihasilkan berasingan sebelum disatukan, sama seperti pembuatan trak ringan.

Kelebihan struktur binaan itu memberikan SUV kapasiti beban muatan yang lebih baik berbanding crossover. Casis SUV juga mampu menyerap bising daripada permukaan jalan memasuki ruang kabin, dan keupayaan menangani cabaran pelbagai rupa bumi.

BACA >>> Konvoi Malaysia-China: Proton X70 Redah 13,000km Tanpa Sebarang Masalah

SUV juga besar dan berat yang secara langsung meningkatkan penggunaan bahan api dan mengurangkan ruang dalam kenderaan. Antara contoh model SUV popular ialah Mitsubishi Pajero Sport, Toyota Fortuner, Nissan Terra dan Ford Everest. Bagaimanapun, fiil memandu SUV tidaklah sebaik crossover.

Casis unibodi Infiniti QX50
Casis unibodi Infiniti QX50
Casis unibodi Honda CR-V
Casis unibodi Honda CR-V

Crossover, juga dipanggil CUV (Crossover Utiliti Sukan @ Crossover Utility Vehicle) yang menggabungkan ciri sebuah SUV dan sedan/hatchback.

Crossover memiliki sistem frem tunggal, dipanggil unibodi yang memudahkan jurutera memilih kepelbagaian kekuatan pada setiap bahagian badan kereta. Crossover menawarkan rekabentuk kabin luas, kawalan stabil, rendah tork dan fiil memandu lebih baik atas permukaan jalan berbanding SUV.

Kelemahan crossover pula ialah ia bukan jentera off-road sebenar, cuma acah-acah sahaja. Namun, crossover menjadi segmen kenderaan popular atas kapasiti mudah dipandu atas jalan raya biasa, dan pada masa sama masih mampu menangani situasi off-road skala kecil dan sederhana seperti meredah banjir, bonggol jalan, batas jalan dan kaki lima, dan seumpamanya.

BACA >>> #PanduUji: Honda HR-V Hybrid, Si Abang Berkuasa dengan Prestasi Setanding Enjin 2.0L

Antara model crossover popular masa kini ialah Nissan X-Trail, Ford Explorer, Mazda CX-5 , Honda HR-V, dan Proton X70.

Seperkara lagi, model-model crossover juga selalu dirujuk sebagai SUV dalam tulisan atau sebutan media, tetapi itu semua tidak lain atas asas rekabentuk sama. Kadangkala diselang selikan dengan istilah crossover dalam reviu yang sama supaya lebih spesifik dan dapat memberikan gambaran jelas buat audien. Jadi harap anda tidak terkeliru.

Bagaimanapun, SUV sebenar sama sekali tidak akan disebut sebagai crossover.

Sekarang sudah fahamkan?

Related

9.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Crossover, CUV, Kenderaan Utiliti Crossover (CUV), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev