• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Civic Type-R 'Project P' Edisi Pikap Dikesan di Lot Parkir

Honda Civic Type-R 'Project P' Edisi Pikap Dikesan di Lot Parkir

May 13, 2019 By Han Othman Leave a Comment

190
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Civic kekal sebagai antara sedan paling popular dunia yang menjadi kegilaan ramai peminat automotif pelbagai peringkat usia. Civic Type-R pula boleh dikatakan satu-satunya pilihan untuk mereka yang mahukan hot-hatch ikonik Jepun tulen selepas Mazda3 MPS ditamatkan hayat pada 2013, manakala Subaru Impreza terperangkap dengan gaya badan 4-pintu.

Tidak berhenti setakat situ, jabatan Kejuruteraan Produk Honda di Britain melakukan kejutan apabila menukarkan Civic Type-R kepada kereta pikap.

BACA >>> Honda Civic Type-R Serba Baharu Kini Di Malaysia - Harga RM320K Sahaja!

Kereta pikap dinamakan Project P itu didedahkan tahun lalu, dengan proses pembinaan dibuat berasaskan Civic Type-R prapengeluaran. Seperti dilihat, pilar C dan separuh bumbung dihilangkan. Kereta ini dikesan seorang warganet, bernama zapperkp yang memuat naik gambar itu di laman Reddit. Kereta itu kelihatan diparkir di satu kawasan terbuka. Apa yang pasti bukan di Malaysia.

Kerusi belakang ditukar menjadi lantai pikap, tetapi kit badan agresif Civic Type-R dikekalkan bersama spoiler belakang besar. Juga tidak diubah ialah trenkuasa dan transmisi, dan Honda menganggarkan Project P ini mampu memecut 0-100kmj di bawah 6 saat, manakala kelajuan maksimum 265kmj.

BACA >>> Selepas 10 Tahun, Acura Integra Type-R Ditemui di Sebalik Dinding Garaj

Related

190
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Honda, Honda Civic Type R, Honda Civic Type-R 'Project P', kereta pikap, pikap, Roda4, ute

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev