• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Indian Motorcycle Patenkan Teknologi VVT untuk Enjin Thunder Stroke 111

Indian Motorcycle Patenkan Teknologi VVT untuk Enjin Thunder Stroke 111

May 13, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

207
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INDIAN Motorcycle memfailkan paten baharu enjin penyejukan udara Thunder Stroke 111 (TS111) yang dinaik taraf di Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat (USPTO). Imej paten itu kelihatan mirip seperti TS111 kerana memiliki rekabentuk sama.

Perbezaannya ialah plat bulat yang meliputi sistem pemasaan injap variabel (VVT), dan bukan logo Indian pada penutup aci (cam).

Bahagian dalam, keseluruhan binaan enjin kekal sama. Ada dua injap per silinder yang dikawal roller-rocker hidraulik. Empat rod tunjal @ pushrod yang mengendalikan mekanisme itu dipadankan kepada tiga aci sesondol @ camshaft sebelah bawah; dua lobus tunggal (single-lobed) untuk injap ekzos luaran dan satu lobus-ganda (double-lobed) terletak di tengah dua injap ambilan.

BACA >>> Yamaha Sedang Bangunkan Enjin Turbo Kembar, Lakaran Paten Didedahkan

Aturan aci tengah dihubungkan kepada phaser aci yang akan meningkatkan dan melengahkan pemasaan injap, dan dikawal unit kawalan enjin (ECU). Rekabentuk ini juga menggunakan sejumlah gas ekzos yang digunakan semula pada manifold ambilan dalam bentuk resirkulasi gas ekzos untuk emisi lebih baik dan cekap.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Motosikal Tidak Guna Enjin Diesel?

Dengan mengemas kini enjin menggunakan teknologi VVT, Indian Motorcycle dapat mematuhi regulasi emisi akan datang menerusi penggunaan enjin penyejukan udara Thunder Stroke 111. Pengeluar motosikal Amerika itu dijangka memperkenalkan teknologi VVT pada TS111, tahun ini. 

SUMBER: BikeWale

Related

207
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Dokumen Paten, Enjin Thunder Stroke 111, Indian Motorcycle, paten

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev