• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Suzuki Lancar Swift Sport Katana Sempena Motosikal Ikonik, Terhad 30 Unit Sahaja

Suzuki Lancar Swift Sport Katana Sempena Motosikal Ikonik, Terhad 30 Unit Sahaja

May 10, 2019 By Aryon Leave a Comment

185
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADA banyak cara pengeluar automotif cuba menarik perhatian pembeli. Salah satunya ialah melancarkan model dipertingkat (facelift), edisi khas atau edisi terhad dengan membawa pelbagai tema unik pada rekaan luaran dan dalaman.

Uniknya Suzuki memilih memperkenalkan hatchback Swift Sport dengan bertemakan model motosikal jenama itu, Katana.

Katana ialah model yang mendapat perhatian ramai sejak dilancarkan pada Pameran Motosikal Milan (EICMA), tahun lalu. Jadi, menumpang populariti dikecapi Katana, Suzuki memutuskan menghasilkan Swift Sport Katana. Pelik tapi benar.

BACA >>> Suzuki Akan Keluarkan Katana Versi Kustom dengan Tangki Lebih Besar, Mufler Akrapovic

Swift Sport Katana ini bukan hanya dihasilkan dalam unit terhad, tetapi juga untuk lokasi tertentu sahaja, iaitu hanya 30 unit untuk pasaran Beland sahaja. Sangat spesifikkan?

Hatchback inspirasi Katana ini menumpukan kepada ciri estetika yang mana 15 unit ditawarkan dalam seragam perak, sama seperti warna Katana, manakala baki selebihnya berwarna hitam.

Semua model menampilkan aksen merah pada gril depan sempena logo retro Suzuki, perincian strip lumba pada bonet dan pintu, rim hitam OZ Racing 17 inci dengan opsyen 18 inci, logo tulisan 'pedang Katana' pada sisi pintu. Ruang kabin diserlahkan dengan tema hitam dan merah yang dikemas rapi mengikut skema warna Katana.

Swift Sport Katana dijana enjin 4-silinder 1.4L turbo, sama seperti trenkuasa model seda ada, atau fakta menariknya, 400cc lebih besar daripada Katana sebenar (999cc) dengan enjin empat sebaris. Setiap model edisi terhad ini diberikan nombor siri khas dan dijual pada harga €28,999 (RM135,300), iaitu €4,000 (RM18,700) lebih mahal daripada Swift Sport varian premium di Belanda.

BACA >>> Suzuki Katana (2019) Kini di Malaysia, Bila Lancar?

Tidak diketahui kenapa Belanda pula jadi negara untuk Swift Sport edisi khas ini. Adakah kerana ramai pemilik Katana di sana?

GALERI

SUMBER: RideApart

Related

185
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Belanda, edisi khas, Edisi Terhad, roda2, Roda4, Suzuki, suzuki katana, Suzuki Swift Sport Katana

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev