• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha Exciter 150 Monster Energy Yamaha MotoGP Edition Akan Debut di Vietnam

Yamaha Exciter 150 Monster Energy Yamaha MotoGP Edition Akan Debut di Vietnam

May 9, 2019 By Aryon Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMINAT Yamaha di Vietnam kini tidak sabar menanti kemunculan super kapcai Exciter 150 (Y15ZR @ YSuku) versi Monster Energy Yamaha MotoGP Edition sempena acara Exciter Fest 2019 yang berlangsung 12 Mei ini di Gimnasium Phu Tho, bandar raya Ho Chi Minh City.

Exciter Fest ialah acara tahunan kelolaan Yamaha Vietnam buat peminat jenama motosikal itu, khusus fanatik Exciter untuk berhimpun sambil menikmati aktiviti dianjurkan.

BACA >>> Yamaha Exciter Aniversari ke-20 Sempena Rai Ulang Tahun Operasi di Vietnam

Tahun ini, Exciter Fest 2019, dengan tema 'Powerful Power' (Kuasa Berkuasa), kembali dengan banyak aktiviti menyeronokkan seperti pameran motosikal, permainan menarik, pertandingan lumba menerusi Revkhana, dan persembahan muzik daripada penyanyi terkenal. Yamaha turut menyediakan hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi pengunjung yang hadir.

Kemuncak acara sudah tentu debut Exciter 150 Monster Energy Yamaha MotoGP Edition yang diilhamkan daripada jentera lumba YZR-M1 2019 milik pasukan pengilang Yamaha MotoGP . Sebagai tambahan pengunjung juga berpeluang menunggang uji skuter Yamaha FreeGo terbaharu yang dijana enjin 125cc BlueCore.

BACA >>> Yamaha FreeGo 125 - Skuter Era Baharu Masa Kini Lancar di Indonesia, RM5.1k Sahaja!

Siapakah pemenang bertuah sportbike Yamaha YZF-R3 ini?

Acara yang juga paling dinanti-nanti ialah pameran modifikasi dan mekap Exciter 150 yang masing-masing peserta mencuba nasib untuk merangkul gelaran 'Dekorasi Motosikal Paling Cantik'. Pemenang bertuah akan membawa pulang sportbike Yamaha YZF-R3 yang berharga lebih 139 juta dong (RM24,700).

BACA >>> Vietnam Perkenal Exciter 150 (YSuku) Edisi Terhad Baharu dengan Ilham Konsep Cuaca

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Exciter Fest 2019, roda2, Super Kapcai, Vietnam, Yamaha, Yamaha Exciter 150, Yamaha Vietnam, Yamaha Y15ZR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my