• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Kenapa Motosikal Tidak Guna Enjin Diesel?

#TahukahAnda: Kenapa Motosikal Tidak Guna Enjin Diesel?

May 9, 2019 By Aryon 7 Comments

7.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KITA dapat menyaksikan kereta berenjin diesel dapat memberikan traksi tinggi pada rev (rpm) rendah berbanding kereta berenjin petrol. Kenapakah pengeluar motosikal tidak menghasilkan produk motosikal berenjin diesel untuk mendapatkan prestasi sama?

Jawapannya, walaupun enjin diesel memiliki kapasiti lebih besar daripada enjin petrol pada rev rendah, enjin ini juga memiliki had tertentu jika dipasangkan pada motosikal.

BACA >>> #Videotomotif: Beginilah Enjin Pembakaran Dalaman Bekerja, Gerak Perlahan 4,000fps!

Pertamanya ialah saiz dan sesaran enjin. Enjin diesel tidak memerlukan palam pencucuh untuk pembakaran bahan api, tetapi boleh terbakar sendiri apabila mencapai nisbah mampatan tertentu. Nisbah mampatan enjin diesel boleh mencapai kadar 24:1, manakala enjin petrol cuma 14:1.

Nisbah mampatan tinggi memerlukan kebuk pembakaran lebih besar yang akan mempengaruhi keseluruhan berat enjin, dan berat motosikal itu sendiri.

Beginilah bentuk motosikal diesel jika dihasilkan. Model: Homebrew 6-HP (2011)

Karakteristik enjin diesel juga lebih bising dan getar kerana nisbah mampatan yang dihasilkan. Pada masa sama, motosikal pula tidak dihasilkan untuk mengurangkan kebisingan dan menyerap getaran. Tidak pernah lagi penunggang motosikal pergi ke bengkel untuk menukar cagakan (mounting) dan penyendal (bushing) pada enjin.

Enjin diesel menghasilkan lebih pencemaran berbanding petrol lebih 13 peratus. Lebih-lebih lagi motosikal ialah jenis kenderaan dengan berat ringan, dan juga membawa muatan ringan, jadi penggunaan enjin diesel akan menghasilkan lebih pencemaran.

BACA >>> Mazda3 (2019) Tawar Teknologi SkyActiv-X, Enjin Petrol dengan Pembakaran Cara Diesel

Maknanya, enjin petrol untuk motosikal juga menjadi cara pengeluar melindungi alam sekitar. Tonton video di bawah ini, dan lihatlah bagaimana rupa sebuah motosikal yang dikuasakan enjin diesel.

Related

7.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, enjin diesel, enjin motosikal, Enjin Petrol, Nasbah Mampatan Tinggi, tahukah anda

Comments

  1. Razif Rosly says

    May 12, 2019 at 6:20 AM

    Teknologi enjin diesel dah maju sekarang. Admin tak tengok lagi kan basikal dipasang engine diesel?

    Reply
    • AO says

      May 14, 2019 at 10:41 PM

      Tetap tak praktikal

      Reply
      • Pomen says

        June 2, 2019 at 9:36 PM

        Mean while in Europe most of the car using diesel engine. Malaysia and Malaysian still interested and proud with petrol engine. I guess, this person is a young guy

        Reply
        • uwu says

          June 5, 2019 at 4:00 PM

          in UK awhile ago the government all recommend using diesel. Now when they know diesel cause more pollution the government ask the people change back to petrol. so i guess malaysia one step ahead of uk in this area

          Reply
          • AO says

            September 6, 2019 at 12:03 AM

            And Paris introduce color stickers to ban diesel vehicles from entering the city. 2017.

  2. Lurhahs says

    June 5, 2019 at 6:07 PM

    Saya rasa admin tak buat study yg comprehensive. Engine petrol menghasilkan CO iaitu carbon monoxide dan engine diesel menghasilkan CO2 carbon dioxide. Mana yg lebih mesra alarm. Jgn disebabkan propaganda syarikat kereta dan motor national kita hendak mengubahkan fakta. Jgn jadi org politik menegakkan apa yg tidak betul.

    Reply
    • AO says

      September 5, 2019 at 11:56 PM

      Paris dua tahun lepas baru saja perkenalkan sticker khas untuk halang kenderaan diesel masuk bandar. Maknanya diesel memang lebih kotor daripada petrol. Dan boleh baca juga regulasi Euro pasal diesel. Lagi satu, teknologi diesel bersih untuk motosikal masih tak semaju macam pengeluar buat untuk kereta.

      Dan artikel ni bincangkan alasan kenapa pengeluar motor tak fokus nak buat motor enjin diesel macam pengeluar kereta. Alasan pun dan diberi dan salah satu adalah emisi karbon (tak kira CO atau CO2). Salah satu sebab enjin 2-lejang diharamkan adalah kerana asap dan bunyi yang juga termasuk dalam kawalan pencemaran juga.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev