• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Suzuki Raider Ini Mampu Pecut Lebih 150kmj, Kos Belanja Cecah RM18k!

#BikinMotor: Suzuki Raider Ini Mampu Pecut Lebih 150kmj, Kos Belanja Cecah RM18k!

May 9, 2019 By Aryon 1 Comment

6.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APABILA kali pertama diperkenalkan Suzuki pada 2004, model ini memang tidak popular. Walaupun demam 4-lejang sedang hangat melanda Malaysia, dan Belang R150 menjadi kapcai 4-lejang pertama menawarkan prestasi enjin 150cc, tetapi apa hendak dikata, pembeli tanah air lebih sukakan Yamaha 135 LC kerana namanya Y.

Cuma sekarang barulah reputasi kapcai gaya ayogo ini mula disebut-sebut dan disegani peminat kapcai semalaysia. Malah menjadi barang rare, tetapi nilainya masih lagi terkawal dan belum menyaingi harga Yamaha RX-Z versi orimoto NOS berharga sebuah Honda Jazz.

BACA >>> #BikinMotor: Yamaha 125ZR Ini Dibeli RM45k, Tambah Lagi Kos Ubah Suai RM17k!

Disebabkan model ini jarang dilihat atas jalan, jadi memang susahlah kita mahu melihat Belang R150 dibikin. Kalau ada, bersyukurlah kerana peluang itu mungkin datang seumur hidup saja. Pergilah belanjalah si tuan Belang itu minum barang secawan dua teh tarik dan jangan lupa berjabat tangan tanda persahabatan.

Model bikin yang akan kita ulas kali ini ialah Belang versi Vietnam, disebut Raider 150 di sana. Di Vietnam, model ini diimport masuk dari di Indonesia (dipanggil Satria) dan dijual pada harga 52 juta dong (RM9,200).

Menurut tuan motor, kenderaan miliknya ini bukan saja dimekap rupa luaran dengan menggunakan seragam asal dari Indonesia, malah dipertingkatkan prestasi enjin hingga mampu mencapai kelajuan 150kmj dengan keseluruhan kos ubah suai mencecah 100 juta dong (RM18,000)! Wow!

Dari depan, kapcai ini menggunakan set brek Brembo RCS 9 yang didatangkan dengan reservoir minyak Bonamici Racing. Ini saja sudah berharga 8 juta dong (RM1,400). Bahagian plastik atas digantikan dengan set gentian karbon dari luar negara.

Bagi mengekang prestasi kuasa kuda yang dipertingkat, tuan motor menggunakan khidmat suspensi Öhlins daripada model Kawasaki ZX10R untuk menjaga bahagian hendal yang boleh dilaraskan mengikut keperluan tunggangan. Ciri bantuan hendal itu membantu menjadikan jentera ini lebih stabil apabila memecut laju, dan mengelak berlaku gegaran pada bahagian kepala yang boleh disamakan dengan situasi tank slapper yang biasa menimpa penunggang motosikal berkuasa besar.

Sistem klac menggunakan komponen CRG GP yang boleh dilaraskan mengikut keselesaan penunggang. Tuil klac akan longgar automatik apabil terjatuh bagi mengelak patah. Ini saja menelan belanja 7.2 juta dong (RM1,200). Kunci pintar direka berasingan bagi membantu menghidupkan motosikal ini tanpa perlu memasukkan kunci. Cuma simpan saja dalam poket.

Kapcai ini turut dipasangkan pengikat (shackle) pemecut Domino bagi mengurangkan getaran terotel berbanding terotel konvensional. Bar hendal menggunakan jenama Brembo dengan rekabentuk ramping.

Semua skru digantikan dengan skru titanium untuk menyerlahkan personaliti dengan kos bernilai 11.5 juta dong (RM4,000). Tuan motor turut menaik taraf penapis udara standard kepada K&N 1280, palam pencucuh 360-degree dan unit kawalan elektronik (ECU) RC Mini. Semua ubah suai ini memberikan kelajuan lebih 150kmj.

Kos paling tinggi pula dilaburkan untuk absorber monoshock berjenama Nitron R3 dengan warna biru yang unik, termasuk fork  yang kedua-duanya menelan belanja 23.5 juta dong (RM4,100). Unit Nitron R3 membolehkan penunggang melaraskan mampatan spring (prabeban @ preload) menurut keperluan, termasuk memulihkan impak lantunan (rebound).

BACA >>> #BikinMotor: Inilah Yamaha Niken Pertama Dunia yang Dipasangkan Turbo

Wayar minyak untuk brek belakang digantikan jenis logam jenama Earls untuk kuasa membrek lebih cekap dan mengelak insiden susut brek apabila berhenti mengejut.

Sistem ekzos menggunakan komponen Over Racing yang asalkan dikhaskan untuk Honda MSX dengan paip titanium yang memberikan warna ungu unik.

Menurut pemilik Belang ini, dia mengambil masa lima bulan untuk melengkapkan semua proses modifikasi seperti dalam gambar dengan jumlah keseluruhan 100 juta dong (RM18,000)! Kos ini ialah dua kali ganda daripada harga belian kapcai tersebut.

BACA >>> #BikinMotor: Honda CB100 (1976) Sentuhan Mekanik yang Minimalis Agresif

GALERI

SUMBER: Zing.vn

Related

6.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikin motor, Kapcai, Moped, roda2, Suzuki, Suzuki Belang R150, Suzuki Raider 150, Suzuki Satria 150, underbone

Comments

  1. Dat says

    July 22, 2019 at 12:28 AM

    Model ni mmg tak ada kat malaysia disebabkan ni versi Fuel Injection(terbaru) di indonesia popular dgn nama Satria FuFi....yg ada kat malaysia hanya versi Karburetor,sebelum suzuki Assembly prai tutup.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev