SELEPAS Kerajaan menerusi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan peraturan baharu cermin gelap, timbul pula kenyataan tidak bersetuju dan terkilan dengan keputusan tersebut daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias dipetik HMetro berkata, operaturan baharu cermin gelap untuk kenderaan persendiran akan menyukarkan polis melakukan tugas penguatkuasaan .
“Pihak polis sebelum ini tidak pernah dipanggil bagi membincangkan berhubung peraturan baru ini. Saya berasa terkilan, sebaik-baiknya mereka berbincang dan mungkin boleh ambil pandangan daripada kita,” katanya.
BACA >>> FAQ: Peraturan Baharu Cermin Gelap 2019 [Edisi Mudah Faham]
Menurut Azisman, faktor keselamatan pasukan keselamatan akan terjejas kerana tidak dapat melihat penumpang ketika pemeriksaan dijalankan.
“Sebelum ini, kita boleh nampak penumpang dan pemandu, tetapi peraturan baharu ini tiada had ketelusan cahaya dibenarkan.
“Agak sukar polis membuat pemeriksaan dan mengesan penumpang di bahagian belakang,” katanya.
SUKAR KESAN KESALAHAN KECIL
Menurutnya, peraturan baru itu juga menyukarkan pasukan penguatkuasaan mengesan kesalahan-kesalahan kecil seperti menggunakan telefon pintar ketika memandu dan tidak memakai tali pinggang keledar berikutan penambahan peraturan ketelusan cahaya (70 peratus cermin depan, dan 50 peratus cermis tepi depan).
“Memang beberapa peraturan ditetapkan seperti mengenakan fi dan perlu memenuhi syarat lain antaranya tidak mempunyai rekod jenayah dan sebagainya, tetapi ia seperti lesen kenderaan juga.
“Ada pengguna jalan raya yang tidak mempunyai lesen dan boleh guna kenderaan itu,” katanya.
Anthony Loke mengumumkan tiada had ditetapkan untuk kadar ketelusan cahaya bagi semua cermin belakang, sisi atau belakang, berbanding peraturan lama 30 peratus.
BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Kerajaan Caj RM5k untuk Cermin Gelap Atas Faktor Keselamatan
KOMEN KAMI
Agak mengejutkan juga jika betul seperti dikatakan yang pihak Kementerian Pengangkutan tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan PDRM. Tetapi seperti kami tulis dalam artikel sebelum ini, peraturan baharu ini asalnya bertujuan menghapuskan skandal orang tengah yang mendakwa ada caj sogokan dikenakan pihak Kerajaan.
Contohnya, pegawai Puspakom dan JPJ dituduh menetapkan bayaran tertentu jika mahu cermin gelap lulus pemeriksaan. Padahal orang tengah itu melakukan trik menukar cermin gelap dengan cermin cerah dan pergi buat pemeriksaan seperti biasa. Tetapi didakwa kononnya anggota minta dibayar, padahal wang itu menjadi habuan sendiri.
BACA >>> #SembangDeras: Oh, Mudahnya Buat Jahat Guna Nombor Plat Palsu, dan Kita Relaks Saja
Lagipun, peraturan cermin gelap juga standard untuk kenderaan di Jepun. Adakah kerana Jepun kurang kes jenayah, maka cermin boleh digelapkan? Lagipun, peraturan lama cermin gelap pun sudah sedia dilanggar sesetengah pemilik kenderaan.
Apapun kita juga tidak dapat mengetepikan rasional polis yang mengatakan sukar melakukan operasi cegah jenayah. Ini kerana, ruang belakang sudah jadi tempat privasi yang tidak dapat dilihat orang luar.
Amir Azfar says
Saya berpendapat bagaimana kalau pihak PDRM membentangkan 1 SYARAT yang WAJIB harus dilakukan oleh SEMUA pengguna kenderaan di Jalan Raya Malaysia ketika memandu.
Syaratnya adalah seperti berikut:
-Kesemua kenderaan awam terutamanya kenderaan jenis Kereta dan Motosikal HARUSLAH MENYELARAS TURUN kesemuanya Tingkap kenderaan yang boleh diselaraskan dan pada Penunggang&Pemboncing Motosikal pula haruslah MELEPASKAN TOPI KELEDAR daripada kepala apabila keadaan Motosikal telah berhenti disebelah kiri bahu jalan apabila ada pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak berkuasa semasa berada di Jalan Raya...Hehe😅
Amir Azfar says
Saya rasa dengan itu juga boleh mendidik untuk meningkatkan Disiplin diri dan tahap Kesabaran pada Pemandu&Penunggang yang ada di Malaysia ini.
Bagaimana komen anda pada pendapat saya??😁
Adapun ianya hanyalah untuk mengurangkan risiko pada pegawai² yang bertugas masa itu dengan memudahkan mengesan awal daripada mana-mana bentuk unsur kesalahan Jenayah sama ada dalam bentuk serangan Keganasan atau aktiviti Penyeludupan..
- Itu contoh.