• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #TahukahAnda: Kenapa Toyota Hilux Digelar ‘Raja Trak Pikap’?

#TahukahAnda: Kenapa Toyota Hilux Digelar ‘Raja Trak Pikap’?

June 13, 2019 By Han Othman 2 Comments

27.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEJARAH Toyota Hilux sudah berkembang hingga lapan generasi sejak trak pikap itu kali pertama diperkenalkan pada 1968 dengan kod casis N10. Reputasi model ini cukup gah sebagai salah satu jenama kenderaan komersial paling dipercayai dan reliabel seantero dunia.

Tiada siapa pun akan mempertikaikan jika Hilux mahu menggelarkan dirinya sebagai 'Raja Trak Pikap' kerana segalanya memang dapat dibuktikan. Anda mungkin tertanya, kenapa model ini layak mendapat gelaran tersebut?

BACA >>> Nasser dan Hilux Bantu Toyota Raih Gelaran Pertama Rali Dakar

1. MAMPU REDAH PELBAGAI CABARAN RUPA BUMI

YouTube: Amphibious Car Challenge | Top Gear

Hilux terbukti memiliki keupayaan menangani pelbagai cabaran rupa bumi ekstrem hingga ke Artik dan Antartika. Dari jalan raya tidak berturap, berpasir, semak samun, kerikil hingga laluan berlumpur, dan juga mampu mendaki cerun bukit serta menempuh sungai cetek dan jeram.

Dalam rancangan Top Gear 2014, Hilux pernah dijadikan kenderaan amfibia untuk masuk ke dalam sungai dengan memasang enjin sangkut di belakang, dan ia berfungsi dan mampu dipandu jauh. Hebatkan?

2. TRAK PALING LARIS DI DUNIA

Hilux sudah terjual 17.7 juta unit seluruh dunia. Malah menjadi trak pikap paling laris di Eropah dan banyak negara dunia, termasuk juga Malaysia. Malah nama Hilux itu sendiri cukup kuat dalam kalangan pengguna Malaysia hingga dijadikan kata ganti nama kepada istilah trak pikap itu sendiri.

"Aku nampak dia naik Hilux," beritahu Ahmad kepada kawan-kawan walaupun trak pikap yang dia nampak itu bukan Hilux pun, tapi jenama F atau I.

3. KEGEMARAN MILITAN

toyota-hilux-militan-2
toyota-hilux-militan
toyota-hilux-militari

Nampak macam tidak senonoh dan inilah kenyataannya. Bukan mahu mempromosikan keganasan, tetapi Hilux memang trak pikap pilihan militan untuk melancarkan operasi pemberontakan mereka. Sebut saja militan-militan terkenal dunia, al-Qaeda dan Taliban, atau lanun Somalia, atau pemberontak Libya, Chad dan Congo, masing-masing menjadikan Hilux sebagai trak pikap pilihan mereka.

Reputasi Hilux menyamai status raifal AK47 sebagai senjata militan, dan Hilux pula menjadi kenderaan pilihan militan. Malah, Hilux pernah dilaporkan memuatkan 20 orang militan di ruang kargo belakang. Ini termasuk cerita tentang Hilux yang digunakan untuk mengangkut ribuan raifal dan senjata tempur lain bersamanya.

Kapasiti Hilux yang ringan, lincah, lasak dan berkuasa turut mendorong militan mengubah trak pikap ini menjadi kenderaan tempur yang dipasangkan mesingan. Hilux juga tidak sukar disenggara dan bukanlah jenis trak pikap yang manja. Kalau sudah militan yang cukup ekstrem dan ganas pun percayakan Hilux, inikan pula orang-orang biasa.

BACA >>> Toyota Hilux 'Invincible 50 Chrome' Sempena Ulang Tahun ke-50 dengan Ekstra Krom

4. SANGAT LASAK DAN RELIABEL

YouTube: Killing a Toyota Part 3 | Top Gear | BBC

Inilah jawapan kepada fakta di atas tentang kenapa militan dan orang kebanyakan menyukai Hilux. Selain laporan yang trak pikap ini pernah membawa 20 militan Sudan di ruang kargo belakang, siap dengan muatan senjata, di Pakistan pula, militan di sana dilaporkan memuat 2,000 senjata dalam sebuah Hilux!

Malah, rancangan TV permotoran popular BBC, Top Gear pernah memandu uji Hilux N50 (generasi ke-4) terpakai keluaran 1988 dengan perbatuan 305,775 km. Hilux itu diletakkan atas bumbung bangunan yang diruntuhkan, dan kemudian digolek-golekkan jengkaut hingga remuk teruk. Tetapi dengan menggunakan alatan asas, trak pikap itu dapat dihidupkan. Memang macam tak percaya, tetapi memang fakta. Tak percaya tengoklah klip video di atas.

5. RESALE VALUE TINGGI

Dengan reputasi tinggi dimiliki, memang tidak hairan Hilux memiliki nilai jual semula tinggi. Sebagai contoh, Hilux 2.5G AWD (2007) di pasaran kenderaan terpakai berharga lebih kurang RM38,000. Boleh dikatakan berharga tinggi dengan usia trak pikap itu yang sudah berumur 12 tahun!

Maknanya, pasaran Hilux terpakai ada kelompok pembeli yang ramai.

6. KOS SENGGARA MUDAH DAN BERPATUTAN

Di Malaysia misalnya, pusat servis Toyota berada hampir di semua kawasan strategik, sama ada di bandar-bandar besar atau pekan-pekan utama. Malah, boleh dikatakan majoriti bengkel mampu membaik pulih dan menyenggara Hilux. Jadi hal membela trak pikap bernama Hilux ini memang mudah dan menenangkan jiwa.

Kos senggara pula berpatutan dan tidak sampai kepada tahap kereta mewah. Kalau mahal, tidaklah trak pikap ini jadi pilihan golongan petani, pekebun, peniaga kecil dan mereka yang terbabit dengan kerja harian menggunakan tulang empat kerat.

7. PELBAGAI PILIHAN VARIAN, HARGA BERBALOI

Ini pun antara sebab kenapa Hilux jadi 'Raja Trak Pikap'. Ada pelbagai varian dan harga menarik boleh dipilih mengikut keperluan pembeli. Hilux versi Malaysia misalnya dijual serendah RM90,000 untuk varian kabin tunggal (Single Cab) 2.4 dengan transmisi manual, hingga spesifikasi premium seperti dwi kabin (Double Cabin) 2.4 L-Edition Automatik pada harga RM123,600.

Dengan segala macam senarai di atas, memang susah untuk tidak menamakan Hilux sebagai 'Raja Trak Pikap'. Sudahlah harga berpatutan, ia juga berbaloi dimiliki, mudah disenggara dan ada nilai jual semula tinggi. Semua kriteria trak pikap idaman ada pada Hilux.

Related

27.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: pikap, Raja Trak Pikap, Roda4, Toyota, Toyota Hilux, Trak, Trak pikap, UMW Toyota Motor

Comments

  1. faez_76 says

    June 17, 2019 at 1:06 AM

    yes,
    100% i agree whit the statement
    am hiluxcers 4ever

    Reply
  2. Joe says

    June 19, 2019 at 5:20 PM

    Last2 design ciplak Ford Ranger. Hampeh.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev