• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Honda Civic Type R LEGO Saiz Penuh Ini Dibina dengan 320,000 Bongkah dan 1,300 Jam

Honda Civic Type R LEGO Saiz Penuh Ini Dibina dengan 320,000 Bongkah dan 1,300 Jam

May 9, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

47
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

HONDA Civic Type R terkenal dengan catatan masa terpantas di litar Nurburgring, Jerman bagi segmen kenderaan penumpang pacuan roda depan (FWD) dan rekod itu masih dipegang hingga kini.

Selain rekod hebat, Civic Type R juga popular dengan kit badan yang begitu menyerlah. Sebenarnya, kit badan dengan spoiler tinggi di atas but ialah ulangan kepada populariti Mitsubishi Lancer Evolution dan Subaru Impreza suatu masa lalu.

Kereta dengan gaya dan aerodinamik begini sentiasa ada peminat walaupun zaman bersilih ganti. Dengan rekod dan prestij dipegang, apa lagi mahu dicapai model ini?

BACA >>> Siapa Paling Pantas? - AWD vs RWD vs FWD (Ford Focus RS vs BMW M140i vs Honda Civic Type R)

Jawapannya, transformasi kepada bongkah LEGO saiz penuh. Civic Type R versi LEGO ini diketuai pakar global, Ryan McNaught yang juga seorang profesional LEGO bertauliah.

McNaught dan pasukannya mengambil masa lebih 1,300 jam dengan menggunakan lebih 320,000 bongkah LEGO. Ada sembilan ahli terlibat dalam pemasangan secara manual yang disusun satu persatu menggunakan tangan. Bagi menampung berat, satu frem besi digunakan untuk menyokong struktur bongkah sebelum digam.

BACA >>> Bau Kedai Belum Hilang, Tetapi Honda Civic Type R Milik Lelaki Ini Kemalangan

Civic Type R LEGO dibina daripada asas, lapisan demi lapisan. Model ini juga canggih yang menjadi iPad sebagai alat kawalan untuk menghidupkan lampu depan dan belakang, lampu siang (DRL), lampu kabus, lampu kecemasan, brek dan lampu undur kenderaan. Cabaran paling utama ialah bilah pengelap cermin yang mudah pecah dan spoiler belakang yang memerlukan struktur khas supaya kekal tergantung seperti model sebenar.

Program binaan ini sebenarnya mendapat sokongan Honda dalam rancangan LEGO® MASTERS. Ada lapan pasangan akan bersaing membuat binaan daripada bongkah mainan popular itu. Memang menarik dan pasti timbul rasa kagum dengan mereka yang terlibat menghasilkan satu lagi rekod dunia!

Civic Type-R kini bukan saja di litar, tetapi kini di-LEGO-kan dan berjaya mencuit hati ramai pemerhati.

BACA >>> Kereta Polis Honda Civic Type R Hanya untuk Cubaan Pandu Uji Saja, Belum Sahih lagi!

GALERI

Related

47
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: aksesori, Honda, Honda Civic, Honda Civic Type R, LEGO, Ryan McNaught

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my