• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Inilah Sebab Kenapa Kerajaan Caj RM5k untuk Cermin Gelap Atas Faktor Keselamatan

Inilah Sebab Kenapa Kerajaan Caj RM5k untuk Cermin Gelap Atas Faktor Keselamatan

May 7, 2019 By Han Othman 1 Comment

4.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN baru saja mengumumkan peraturan baru cermin gelap yang membolehkan semua pemandu kenderaan penumpang memasang cermin gelap tanpa had ketelusan untuk cermin penumpang belakang yang sebelum ini dihadkan 50 peratus saja.

Namun, ada kekeliruan dan tanda tanya mengenai syarat penggunaan cermin gelap tanpa had (depan dan belakang) atas faktor keselamatan dengan caj permohonan RM50, dan tambahan RM5,000 jika diluluskan. Kenapa caj dikenakan dan apakah prosedur itu sama seperti peraturan lama dikuatkuasakan Kerajaan terdahulu?

BACA >>> Kerajaan Umum Peraturan Baharu Cermin Gelap, Tiada Had Ketelusan Cermin Belakang

Persoalan itu sebenarnya sudah dijawab Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook pada sidang media tadi, peraturan sebelum ini memberikan kuasa sepenuhnya kepada Menteri dan Ketua Pengarah JPJ untuk meluluskan permohonan itu tanpa dikenakan sebagai caj.

Namun, tindakan itu menurut Anthony Loke, tidak memberikan sebarang pendapatan kepada Kerajaan sedangkan rata-rata pemohon cermin gelap tanpa had atas faktor keselamatan dibuat kalangan mereka berprofil tinggi yang berkemampuan.

"Jadi saya rasa mereka ini ialah golongan berkemampuan, dan jika kami kenakan bayaran, ia mampu berikan pendapatan kepada Kerajaan," katanya.

HAPUSKAN MANIPULASI ORANG TENGAH

cermin-gelap-1
cermin-gelap-2
cermin-gelap-3

Anthony Loke berkata lagi, malah ada beberapa kes, pemohon didapati menggunakan perkhidmatan orang tengah yang mengambil komisen daripada prosedur tanpa caj tersebut. Jadi peraturan baharu ini mahu menghapuskan sepenuhnya salah laku tersebut.

Kerajaan turut menambah baik urusan permohonan dengan menubuhkan jawatankuasa khas untuk menilai alasan dan kriteria pemohon. Kemudian, status pemohon akan dihantar untuk diperiksa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan jika ada sebarang status jenayah, permohonan akan digugurkan. Ini termasuk pemohon perlu menjelaskan semua saman tertunggak.

BACA >>> JPJ: Pemilik Bengkel Pun Boleh Kena Tindakan Kalau Setuju Ubah Suai Motosikal Pelanggan

Anthony Loke juga menegaskan, setiap permohonan mesti melepasi jawatakuasan khas penilaian sebelum diluluskan Menteri. Malah, permohonan dianggap tidak sah jika hanya diluluskan Menteri tanpa melalui pihak jawatankuasa, dan keputusan baharu itu dibuat bagi menjamin ketelusan dan integriti Kerajaan.

Related

4.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, Caj Cermin Gelap, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ, Menteri Pengangkutan, Peraturan Baharu Cermin Gelap 2019, tinted

Comments

  1. Udien says

    May 7, 2019 at 7:57 PM

    Terbaikkklah

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev