• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ducati MIG-RR - Basikal Gunung Elektrik dengan Tork Lebih Tinggi daripada Yamaha R6

Ducati MIG-RR - Basikal Gunung Elektrik dengan Tork Lebih Tinggi daripada Yamaha R6

May 7, 2019 By Aryon Leave a Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BASIKAL gunung elektrik, Ducati MIG-RR kini sedia ditunggang uji di 136 wakili pengedar seluruh Eropah dengan harga jualan €6250 (RM29,000). Sebarang tempahan tunggang uji boleh dibuat di www.ebike.ducati.com/en/dt-locator.

Seiring dengan perkembangan pasaran basikal elektrik di Eropah, MIG-RR direka khas buat penunggang untuk melakukan apa saja yang boleh dilakukan menggunakan basikal gunung konvensional, seperti mendaki bukit, dan meredah permukaan jalan off-road. Perincian basikal gunung ini kali pertama didedahkan kepada umum pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018.

BACA >>> Xiaomi Perkenal Himo C20, Basikal Elektrik Bajet Rendah Harga RM1.5k Sahaja!

MIG-RR dihasilkan Thok Ebikes, yang pakar dalam pembuatan basikal gunung dan BMX. Pengeluar ini juga terlibat dalam projek di Pusat Rekabentuk Ducati dan Aldo Drudi’s D-Perf (individu di sebalik rekaan helmet Valentino Rossi).

Bagi membantu basikal ini meredah laluan off-road, suspensi DOX Factory Kashima dengan travel 170mm dipasangkan di depan dan 160mm di belakang. Berat basikal saiz M ialah 22.5kg, tanpa pedal pengayuh dan siap dengan set bar hendal gentian karbon Renthal, rim Mavic, brek kaliper Shimano Saint dan set gear 11-kelajuan Shimano XT.

Trenkuasa MIG-RR dijana motor Shimano Steps E8000 berkapasiti 250 watt yang cuma seberat 2.8kg. Tork dihasilkan cukup mengujakan, 70Nm, lebih tinggi daripada Yamaha R6, dan dikuasakan bateri 504 Watt yang disimpan bawah tiub frem.

BACA >>> Ducati Perkenal Skuter Elektrik Pertama Guna Produk Buatan China

GALERI

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: basikal elektrik, basikal gunung, Basikal Gunung Elektrik, Ducati MIG-RR, e-bike, mountain bike, roda2, Yamaha R6

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev