• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Suara Leona Chin Kini di Aplikasi Waze

Suara Leona Chin Kini di Aplikasi Waze

May 6, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

204
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Suara Waze Leona ChinKHAS buat pengguna aplikasi Waze. Anda kini boleh memilih suara Leona Chin, personaliti sukan permotoran negara semasa memandu sambil menggunakan aplikasi Waze.

Penampilan suara Leona dalam Waze juga adalah bagi menepis perspektif bahawa atlet sukan permotoran ialah seorang yang serius dan maskulin.

Menerusi suara navigasi Leona lebih ceria, beliau akan memaklumkan keadaan trafik, memberi tip-tip keselamatan praktikal dan juga peringatan seperti kelajuan serta memastikan tali pinggang keledar dipasang.

Bagi anda yang ingin memilih suara Leona, ikuti langkah-langkah berikut;

  1. Tekan Menu, selepas itu Tetapan.
  2. Tekan Suara & Bunyi.
  3. Tekan suara Waze.
  4. Pilih English (UK) - Leona Chin dari senarai terdapat dalam panduan suara.

BACA >>> Mahu Elak Kesesakan Lalu Lintas, Ikuti 3 Panduan Ringkas Waze

Suara Waze Leona Chin

RAKAM SUARA WAZE ANDA SENDIRI

Bukan itu saja, anda kini boleh merakam suara sendiri untuk memberi panduan sepanjang perjalanan? Untuk merakam panduan suara anda:

  1. Tekan Menu, selepas itu Tetapan.
  2. Tekan Suara & Bunyi.
  3. Tekan suara Waze.
  4. Tekan Rakam suara baru.
  5. Tekan jenis arah yang anda ingin rakamkan, tekan ikon rakam untuk memulakan rakaman dan berhentiapabila anda sudah habis merakam. Untuk memainkan rakaman anda, tekan ikon main.
  6. Setelah habis rakaman, tekan Selesai untuk memberi suara anda satu nama dan habiskan dengan menekan Tambah.

Pandu dengan selamat bersama Leona Chin, muat turun Waze dan cubalah sendiri! Pilihan Suara Waze Leona hanya boleh didapati di Malaysia dan boleh diakses selama 3 bulan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.waze.com.

BACA >>> GPS Motosikal: Waze vs Google Maps, Mana Satu Terbaik untuk Mat Motor?

Related

204
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: aplikasi waze, Leona Chin, Suara Waze Leona Chin, waze malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev