• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Triumph Dedah Spesifikasi Lengkap Rocket 3 TFC (2019)

Triumph Dedah Spesifikasi Lengkap Rocket 3 TFC (2019)

May 6, 2019 By Aryon 2 Comments

FacebookTwitter


TRIUMPH akhirnya mengesahkan spesifikasi Rocket 3 (2019) selepas foto cruiser itu berlegar di ruang maya sejak seminggu lalu.

Mula diperkenalkan pada 2004, Rocket 3 tidak mengambil masa lama untuk digelar ikon atas kapasiti motosikal pengeluaran dengan enjin terbesar pada masa itu, iaitu 2,294cc juga dipasangkan tayar belakang terbesar 240/50ZR16.

Sempena 2019, Rocket 3 muncul bersama ilham konsep asal model itu dengan mengekalkan sesaran enjin besar, 2,500cc berkuasa 167hp yang digerakkan pacuan syaf dan kotak gear 6-kelajuan bersama klac bantu gelincir Assist & Slipper (A&S) hidraulik bagi mengekang ledakan tork setinggi 221Nm.

BACA >>> Triumph Street Twin dan Speed Twin (2019) Versi Dipertingkat Kini di Malaysia

Supaya selari dengan barisan Triumph lain, Rocket 3 (2019) turut dibekalkan sut pemuka TFT yang dapat dilihat pada Scrambler 1200, dan dilengkapkan mod tunggangan, Rain, Road, Sport, dan Rider (kustom). Juga ada sambungan Bluetooth untuk konektiviti dengan telefon pintar.

Versi TFC (Triumph Factory Custom) akan dipasangkan fork terbalik (USD) Showa 47mm dengan tetapan lantunan dan mampatan, manakala travel 120mm. Absorber belakang juga daripada Show dengan unit reservoir jenis piggyback (ekor babi?) dan pelaras prabeban hidraulik kawalan jauh, serta travel 107mm. Tidak diketahui sama ada versi pengeluaran akan dilengkapkan spesifikasi ini.

Harga Rocket 3 (2019) ialah £25,000 (RM136,151). Agak mahal, tapi pasti berbaloi kerana hanya 750 unit dihasilkan seluruh dunia.

BACA >>> Triumph Dedah Rocket TFC Concept, Beri Bayangan Bakal Kemunculan Rocket III Baharu?

SPESIFIKASI TRIUMPH ROCKET 3 TFC

JENIS ENJIN: Sebaris 3-silinder, penyejukan air, DOHC
KAPASITI: 2,458cc
GEREK/LEJANG: 110.2mm x 85.9mm
KUASA: 167hp
TORK: 221Nm
SISTEM BAHAN API: Ride-by-Wire, suntikan bahan api (FI)
EKZOS: keluli tahan karat, header 3-to-1 dengan silenser Arrow 3 paip / kotak CAT
PACUAN AKHIR: Syaf, kotak bevel
HIDRAULIK KLAC: Bantu Gelincir (Slipper & Assist)
TRANSMISI: Manual 6-kelajuan
FREM: Aluminium penuh
CIRI: Pek instrumen multifungsi TFT dengan spidometer digital, trip komputer, takometer digital, indikator posisi gear , tolok minyak, indikator servis, suhu ambien, mod tunggang dan jam (Rain/Road/Sport/Rider - kustom) - Sistem Konektiviti Triumph TFT boleh ditambah dengan aksesori modul Bluetooth.
SWINGARM: Single-sided, aluminium tuang
RIM DEPAN: 17 x 3.6 inci aluminium tuang
RIM BELAKANG: 16 x 7.5 inci aluminium tuang
TAYAR DEPAN: 150/80 R17 V
TAYAR BELAKANG: 240/50 R16 V
SUSPENSI DEPAN: Fork depan kartrij 1+1 terbalik (USD) Showa ø47mm, tetapan lantunan dan mampatan, travel 120mm
SUSPENSI BELAKANG: Absorber reservoir piggyback Showa boleh laras penuh dengan pelaras prabeban kawalan jauh, travel 107mm
BREK DEPAN: Dwi cakera 320mm, kaliper monoblok radial 4-piston Brembo M4.30 Stylema, ABS Selekoh
BREK BELAKANG: Cakera tunggal 300mm, kaliper monoblok 4-piston Brembo M4.32, ABS Selekoh
TINGII PELANA: 773mm
RAKE/RAIL: 27.9º/134.9mm
KAPASITI TANGKI: 19 liter

GALERI

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: cruiser, roda2, Triumph, Triumph Rocket 3 TFC (2019)

Comments

  1. Daud Dollah says

    October 15, 2019 at 1:15 PM

    Rm harga

    Reply
  2. Daud Dollah says

    October 15, 2019 at 1:15 PM

    Prich Truimph Rocket 3 2020

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev