SEPANJANG berlangsung Bangkok International Motor Show 2016 (BIMS), Chevrolet turut mempertontonkan model trak pikap terbaharunya, Colorado Xtreme yang hadir dengan rekaan yang mengancam.
Untuk makluman, trak pikap Colorado Xtreme ini hanya untuk pameran dan tidak dijual buat masa ini. Menurut General Motor (GM) Thailand, model ini hanya akan dijual sekiranya mendapat sambutan daripada orang ramai.
Sejujurnya saya terpikat dengan Chevrolet Colorado Xtreme ini. Mana tidaknya, tubuh badannya yang sado mampu membuatkan sesiapa saja terpikat melihatnya.
Walau bagaimana, penambahbaikan hanya melibatkan perubahan kosmetik luaran dan dalaman saja. Ruangan enjin masih kekal sama.
Berikut adalah beberapa ciri menarik yang ada pada Chevrolet Colorado Xtreme;
- Rekaan bampar baharu
- Warna baharu (oren)
- Bar Safari
- Rim 18 inci
- Lampu LED
- Winch
- Snorkel unik
- Tema baharu pada ruang kabin
- Sistem audio MyLink skrin sesentuh dengan sambungan Apple CarPlay dan Android
- Tempat duduk fabrik/kulit dengan kombinasi warna hitam dan oren
Sebagai penggemar trak pikap, saya berharap Chevrolet Colorado Xtreme akan masuk pasaran Malaysia. Jika ya, ia mungkin akan masuk dalam senarai kereta pilihan saya.
Leave a Reply